Reiss Nelson tolak AS Monaco dan Real Madrid demi Arsenal.

Reiss Nelson tolak peluang sertai kelab Eropah ternama termasuk AS Monaco dan Real Madrid apabila bersetuju untuk menandatangani perjanjian baru dengan Arsenal, menurut laporan.


Jumaat lalu, Arsenal telah mengesahkan bahawa Nelson telah menandatangani kontrak baru yang mengekalkan pemain tersebut bersama kelab untuk tempoh jangka panjang.
Dan selepas pengumuman tersebut dibuat, pihak kelab turut mengumumkan bahawa pemain muda itu akan menghabiskan musim ini secara pinjaman bersama kelab Bundesliga, Hoffenheim.
Pun begitu tidak dapat dipastikan tempoh kontrak baru yang ditandatangani Nelson itu, dengan terdapat laporan yang mengatakan bahawa Nelson menandatangani kontrak tersebut untuk tempoh tiga tahun dan juga terdapat laporan lain yang mengatakan ianya adalah empat tahun.

Namun dipercayai Nelson telah menandatangani kontrak selama tiga tahun yang menyaksikan kontrak beliau bakal berakhir pada Jun 2020.



Menurut Evening Standard, Real Madrid dan AS Monaco merupakan antara kelab ternama Eropah yang sedang memantau perkembangan pemain tersebut dan dikatakan berada dalam senarai mereka (kelab-kelab Eropah lain) untuk menandatangani Nelson sepanjang tahun lalu.

Dan tindakan Nelson menandatangani kontrak baru bersama Arsenal meranapkan impian kelab-kelab Eropah tersebut untuk mendapatkan pemain berusia 18 tahun ini.

Sebelum ini timbul persoalan mengenai keupayaan Arsenal untuk mengekalkan pemain-pemain muda bakat terbaik kelab selepas pemergian Chris Willock, Marcus McGuane dan Donyell Malen

Walau bagaimanapun, Arsenal kini telah berjaya meyakinkan Nelson, Eddie Nketiah dan Emile Smith Rowe untuk menandatangani perjanjian baru untuk tempoh jangka panjang bersama kelab.

Arsenal kini dilihat mempunyai empat pemain muda daripada akademi yang mempunyai prospek masa depan yang sangat cerah setelah kelab sebelum ini (awal tahun 2018) juga telah melanjutkan kontrak seorang lagi pemain lulusan akademi, Ainsley Maitland-Niles.

Semoga keempat-empat pemain muda ini boleh memberi tumpuan dalam pembangunan karier dan mutu permainan bolasepak serta berkembang maju demi mencapai potensi sebenar mereka.

Post a Comment

Previous Post Next Post