Arsenal cuba pastikan Ozil sentiasa gembira demi aksi konsisten yang dihasilkan.

Pengendali Arsenal, Unai Emery telah bercakap kepada ESPN Brazil sejurus pasukan mencatatkan kemenangan ke-10 berturut-turut dengan menewaskan Leicester City 3-1 di Stadium Emirates, Selasa lalu.



Mesut Ozil menjadi watak penting dalam kebangkitan skuad The Gunners dengan menyumbangkan satu gol serta satu bantuan gol dan temubual itu jelas terjurus kepada prestasi bintang Jerman itu.


Emery menjelaskan bahawa beliau mempercayai potensi pemain itu untuk memimpin pasukan bagi mencapai kemenangan dan prestasi Ozil pada perlawanan tersebut menjelaskan segalanya kepada pengendali tersebut yang mana beliau memerlukan No.10 Arsenal itu sentiasa konsisten dalam setiap perlawanan.

"Kami cuba membantunya, menjadikannya pemain tetap, dengan konsisten, supaya dia menjadi protagonis di padang," Emery memberitahu ESPN Brazil.

"Kami cuba memberi dia segala-galanya yang dia perlukan di padang sehingga dia boleh menjadi tenang."

"Kebenarannya adalah lebih gembira dia, maka lebih baik dia beraksi. Saya menuntut lebih banyak daripadanya, kerana dia boleh mengambil tanggungjawab, seperti yang dilakukannya hari ini."

"Dia mempunyai keupayaan untuk membantu pasukan dengan kualitinya, kerana dia memberi kita kelebihan, seperti yang dilakukannya malam ini."

"Kami akan terus dengan kekerapan ini, dalam menuntutan hasil terbaik beliau, jadi kami semua boleh menikmati bersama, mencari kemenangan dan bermain dalam permainan yang menarik."

Selepas perlawanan menentang Leicester, Mesut Ozil kini mempunyai empat gol dan satu bantuan gol dalam sembilan penampilan beliau untuk Arsenal musim ini.

Dan awal pagi nanti, Arsenal bakal berdepan Sporting CP dalam saingan Liga Europa di Estadio Jose de Alvalade. 

Pasukan yang memenangi perlawanan ini akan berada ditangga teratas Kumpulan E, kerana The Gunners and Lions kini terikat dengan enam mata untuk berkongsi tangga teratas.

Post a Comment

Previous Post Next Post