Man.United mungkin selesaikan masalah Alexis Sanchez pada Januari nanti, menurut Pires.

Legenda Arsenal, Robert Pires menjangkakan 'penderitaan' Manchester United bersama Alexis Sanchez mungkin akan diselesaikan Januari nanti.



Pires menjelaskan perkara tersebut dalam satu temubual bersama media Chile, El Mercurio minggu ini dan kisah tersebut diterbit sebanyak dua halaman dimana bekas pemain tengah The Gunners itu membincangkan topik utama mengenai  Manuel Pellegrini, Arsenal Wenger dan pasukan kebangsaan Perancis.


Walaupun temubual tersebut menjurus kepada topik utama, namun ianya tidak menghalang media tersebut untuk mengetahui pendapat lagenda kelab London itu mengenai Alexis Sanchez, yang akhirnya mengambil sebahagian besar laporan tersebut.

Bermula dengan pendapat Pires mengenai Sanchez ketika bersama Arsenal sehinggalah kisah dan masa depan pemain kebangsaan Chile itu bersama The Red Devils.


Mengenai Sanches ketika bersama Arsenal:

"Alexis sangat bagus, dia seorang pemain bolasepak yang cemerlang, tetapi saya juga mengenali dia sebagai seorang individu dan saya boleh mengatakan bahawa saya suka mengenali dia, dia seorang kawan."

"Dia begitu menonjol dengan profesionalismenya dan membantu Arsenal memenangi beberapa gelaran, " kata Pires kepada El Mercurio.



Mengenai perpindahan Alexis ke Manchester United:

"Secara jujur, saya terkejut. Bagi saya, Sanchez seharusnya kekal di Arsenal, di mana dia adalah salah seorang bintang kami."

"Saya tidak tahu sama ada dia boleh mengatakan tidak kepada United, tetapi saya fikir gaya permainan kelab London lebih sesuai dengan permainan dia. Tetapi anda perlu menghormati keputusannya. "

Ditanya mengenai prestasi buruk Sanchez di Manchester United dan cara dia boleh membaikinya, Pires berkata

"Ya, dia melalui masa yang rumit. Hubungan dengan pengurus sentiasa penting, tetapi jelas terdapat komplikasi antara Jose Mourinho dan dia."

"Apabila anda seorang pengurus United dan anda mempunyai pemain seperti Paul Pogba dan Sanchez, anda perlu menjaga mereka, kerana pada akhirnya, satu-satunya yang penting adalah kemenangan pasukan."

"Apabila ada masalah, perkara yang paling penting dan rumit, pada masa yang sama, adalah duduk untuk berbincang dan mengatakan perkara secara bersemuka."

"Sanchez tidak sepatutnya berada di bangku simpanan atau tinggal di rumah. Kita akan lihat jika dia dapat mencari penyelesaian pada bulan Januari, kerana dia tidak bermain dan dia perlu melakukannya, kerana dia adalah pemain bolasepak yang hebat. "



Ditanya mengenai Sanchez bersama Manchester City, Pires berkata:

"Mourinho dan Guardiola adalah dua jurulatih yang tahu bagaimana untuk memenangi dan merangkul gelaran, tetapi sekarang, cara bermain City lebih tinggi dari United dan mungkin jika Alexis pergi ke pasukan Pep, keadaannya akan berbeza."

Satistik Sanches bersama Man. United

MUSIM 2018/19
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Gol Per minit Minit Beraksi
Premier League 7 1 1 361 361
Champions League 1 - - - 76
EFL Cup - - - - -
JUMLAH 8 1 1 437 437

Rekod penampilan bersama Man.United (setakt ini secara keseluruhan)
Kelab Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Manchester United 26 4 6

Post a Comment

Previous Post Next Post