" Jangan takut dengan kesilapan" - pesan Unai Emery kepada Iwobi.

Peningkatan mendadak prestasi pemain kebangsaan Nigeria yang juga merupakan pemain Arsenal, Alex Iwobi musim ini amat mengagumkan.



Pemain sayap berusia 22 tahun itu merupakan produk kelahiran akademi Arsenal dan beliau musim ini dilihat semakin cemerlang serta permainan beliau juga semakin meningkat.

Ketika semua tumpuan diberikan terhadap Mesut Ozil yang telah mempamerkan kehebatan beliau ketika menentang Leicester, prestasi Iwobi juga tidak boleh diabaikan.

Beliau juga berhak menerima pujian dalam aksi-aksi terkini beliau yang mana tindakan beliau banyak membantu pasukan dalam mencipta ruang dan peluang kepada rakan sepasukan yang lain ketika melakukan serangan.

Prestasi cemerlang beliau musim ini bermula pada perlawanan menentang Chelsea (perlawanan kedua musim ini) apabila berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan yang menyaksikan Arsenal tewas 2-3 kepada pasukan tuan rumah (Chelsea).

Semenjak itu beliau terus mempamerkan aksi cemerlang apabila setakat ini, beliau telah menghasilkan empat bantuan gol dalam 10 penampilan bagi kesemua kejohanan, selain satu gol yang dijaringkan ketika bertemu Chelsea.


Rekod penampilan setakat ini
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Premier League 6 1 2
Europa League 3 - 2
EFL Cup 1 - -

Pengendali The Gunners, Unai Emery telah mendesak Iwobi untuk menonjolkan dirinya yang sebenar dan berpesan kepada beliau supaya tidak takut untuk membuat kesilapan sebagaimana dipetik daripada laporan yang dikeluarkan oleh laman rasmi kelab.

"Kami tidak boleh berhenti pada satu kesilapan," kata ketua jurulatih itu.

"Kesilapan adalah untuk kita belajar dan mencuba cara lain."

"Keyakinan itu memberi mereka peluang untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan juga, apabila mereka melakukan kesalahan, ia membuat mereka ingin melakukan lebih baik pada percubaan seterusnya."
"Saya fikir idea saya dengan pemain adalah untuk memberi mereka keyakinan setiap hari dengan bekerja keras dalam setiap sesi, dalam analisis video, dengan video yang kami berikan kepada mereka."

"Kami memberi mereka peluang untuk melihat tindakan mereka terlebih dahulu, tindakan baik mereka, tindakan buruk mereka, dan ini adalah cara mereka untuk mengambil banyak keyakinan atau belajar bagaimana untuk memperbaiki diri."

"Mereka berfikir, 'Bagaimana saya boleh memperbaiki' atau 'Bagaimana saya boleh melakukan yang lebih baik dalam situasi yang berbeza dalam permainan?'

"Saya fikir untuk (Alex) dan pemain kami yang lain, kami perlu berusaha setiap hari."


Post a Comment

Previous Post Next Post