Alban Lafont gembira di Itali walaupun terlepas peluang bersama Arsenal.

Pemain berusia 19 tahun itu gembira mengambil laluan berbeza walaupun teruja dengan peluang perpindahan ke Arsenal.




Sebelum berpindah ke Fiorentina, Alban Lafont dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris terutamanya Crystal Palace, Everton dan Arsenal.

The Gunners telah mengawasi perkembangan beliau ketika Arsene Wenger masih bertanggungjawab terhadap kelab Utara London itu dan ketika Unai Emery dilaporkan sedang mencari penjaga gawang baharu, nama beliau kembali muncul serta kembali dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates.

Namun akhirnya, Arsenal memilih Bernd Leno yang lebih berpengalaman dan pemain berusia 19 tahun itu memutuskan untuk pergi ke sebuah kelab yang mana beliau telah dijanjikan peluang untuk beraksi iaitu di Fiorentina berbanding Everton dan Crystal Palace yang gagal memberi jaminan kepada beliau.

Bercakap kepada Tuttosport, ketika menjawab soalan yang ditanyakan, adakah beliau menyesal kerana menolak peluang untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris dan Arsenal, beliau berkata:

"Saya sangat gembira berada di Fiorentina, dan saya yakin bahawa saya sentiasa boleh berkembang di sini. Untuk tujuan apa? Untuk pergi sejauh mungkin yang saya boleh. "

Berasal dari Bukina Faso, beliau memulakan kariernya awal bersama kelab AS Lattoise selama enam tahun (2008-2014) sebelum menyertai Toulouse pada tahun 2014.

Dan pada 2 Julai 2018, beliau telah menyertai Fiorentina setelah menolak peluang menyertai kelab Inggeris.

Bersama kelab Itali itu, beliau telah membuat tujuh penampilan daripada sembilan perlawanan dan hanya melepaskan lima gol setakat ini selain merekodkan tiga perlawanan tanpa bolos.

Bil. Tarikh Venue Lawan Keputusan Posisi Minit beraksi
1 8/26/18 H Chievo Verona 6:1 GK 90
2 9/2/18 H Udinese 1:0 GK 45'
3 9/15/18 A Napoli 1:0 Biceps femoris muscle injury -
4 9/19/18 A Sampdoria 1:1 on the bench -
5 9/22/18 H SPAL 3:0 GK 90'
6 9/25/18 A Inter Milan 2:1 GK 90'
7 9/30/18 H Atalanta 2:0 GK 90'
8 10/7/18 A Lazio 1:0 GK 90'
9 10/21/18 H Cagliari Calcio 1:1 GK 90'
Squad: 8, Starting eleven: 7, Substituted in: 0, On the bench: 1, Suspended: 0, Injured: 1,

Post a Comment

Previous Post Next Post