Nani tahu cara bagaimana untuk melemahkan 'meriam' Arsenal

Kecemerlangan Arsenal ketika ini menghadirkan gerun buat lawan dan menjelang pertembungan menentang kelab Portugal dalam saingan Liga Europa Jumaat ini, sudah tentu Arsenal mahu meneruskan rentak kecemerlangan itu.



Setelah berjaya mencatatkan kemenangan ke-10 secara berturut-turut dalam kesemua pertandingan, Arsenal sedia untuk meneruskan kecemerlangan tersebut dengan mencatatkan kemenangan lagi dan kali ini pada aksi menentang Sporting, Jumaat ini jam 12.55 pagi (waktu Malaysia).


Dalam Sporting menyiapkan diri untuk perlawanan Liga Europa menentang Arsenal, mereka dilaporkan bergantung kepada kapten pasukan mereka untuk meneruskan rekod baik pemain tersebut dalam menentang The Gunners.

Luis Nani pernah beraksi bersama Manchester United antara 2007 hingga 2014 dan bersama kelab itu, kapten Sporting dan The Red Devils jarang kalah kepada pasukan dari Utara London yang dikendalikan oleh Arsene Wenger.

Dan berdasarkan itu, media Portugal, Record telah membawa cerita mengenai rekod tersebut bagi mengaitkan perlawanan menentang The Gunners dalam laporan terkini mereka.


Mengikut rekod, Manchester United bersama Nani telah memenangi tujuh perlawanan, satu seri dan satu kalah.



Pun begitu, Record membangkitkan semula perlawanan istimewa Nani ketika menentang Arsenal dalam laporan tersebut walaupun pemain itu hanya menjaringkan dua gol sahaja dalam pertembungan menentang The Gunners.

Satu gol dihasilkan Nani ketika kemenangan Piala Liga 4-0 pada musim 2007/08 dan satu lagi ketika pasukan itu mencatatkan kemenangan bersejarah 8-2 ​​pada 2011/12.

Record juga menulis bahawa Nani ' tahu bagaimana untuk melemahkan senjata Arsenal ', serta mengatakan ' dia biasanya gembira dalam perlawanan menentang Arsenal '.

Laporan tersebut jelas menunjukkan bahawa mereka begitu yakin untuk kelab dari Portugal itu mampu mengecewakan Emery pada pertembungan Jumaat nanti.

Pemain-pemain Sporting yang lain seperti Sebastian Coates, Radosav Petrovic dan Jeremy Mathieu juga pernah menghadapi The Gunners, tetapi hanya bekas pemain Barcelona (Mathieu) sahaja yang mempunyai rekod positif.

Pun begitu, harus diingat bahawa Arsenal kini bukanlah Arsenal dahulu dan Nani bukanlah bersama Manchester United.

Ketika ini Sporting dan Arsenal mengumpul mata yang sama, enam mata hasil dua perlawanan dan menduduki tempat teratas dalam Kumpulan E.

Dan jika Arsenal berjaya menumpaskan Sporting Jumaat ini, peluang Emery untuk melangkah ke peringkat seterusnya sudah terjamin dan ini juga memberi kelebihan kepada pengendali The Gunners itu untuk  memberi peluang kepada pemain-pemain muda.

Pos Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Arsenal 2 2 0 0 7 2 +5 6
2 Sporting CP 2 2 0 0 4 1 +3 6
3 Vorskla Poltava 2 0 0 2 3 6 −3 0
4 Qarabag 2 0 0 2 0 5 −5 0

Post a Comment

Previous Post Next Post