Tindakan Arsenal dalam pembaharuan kontrak Ozil, bakal menyebabkan kehilangan Ramsey.

Awal tahun ini ataupun lebih tepat pada Februari tahun ini (2018), Arsenal telah memberikan kontrak lumayan kepada Mesut Ozil bagi mengekalkan pemain tersebut bersama pasukan.


Ozil dilaporkan menerima gaji sebanyak £350,000 seminggu untuk tempoh (kontrak) selama tiga tahun setengah yang mana ianya akan berakhir pada Jun 2021.
Namun Arsenal mungkin terpaksa membayar tindakan tersebut dengan kehilangan pemain tengah berpengalaman, Aaron Ramsey.

Ramsey mungkin meninggalkan Arsenal sama ada pada Januari nanti ataupun pada musim panas akan datang secara percuma selepas gagal dalam rundingan pembaharuan kontrak.

Pihak pengurusan Arsenal dikatakan telah menamatkan rundingan mengenai pembaharuan kontrak Ramsey setelah gagal dalam memenuhi tuntutan gaji pemain kebangsaan Wales itu.

Dan legenda Arsenal, Ray Parlor percaya rundingan pembaharuan kontrak tersebut menemui kegagalan mungkin disebabkan oleh tindakan terdahulu Arsenal dalam memberikan perjanjian baru kepada Ozil, yang seterusnya mempengaruhi rundingan kontrak bersama Ramsey.

Tindakan tersebut (menawarkan gaji tinggi kepada Ozil) turut bakal mempengaruhi rundingan pembaharuan kontrak bersama pemain-pemain Arsenal lain.
Dalam temubual bersama rancangan Alan Sports Sports Breakfast, Parlour berkata: 

"Ia berkaitan dengan wang, tidakkah begitu?"

"Arsenal memberikan kontrak besar kepada Ozil dan wakil Aaron berkata mereka mahukan perkara yang sama, Aaron mempengaruhi permainan sama seperti Ozil, dia dalam keadaan yang sama dengan tinggal satu tahun lagi dalam kontraknya dan mereka mahu dibayar dengan jumlah yang sama."

"Arsenal mungkin melakukan kesilapan dengan memberi Ozil jumlah yang besar dan mereka mungkin menyesalinya, tetapi ia telah berlaku, sekarang mereka perlu meneruskannya."

"Tetapi mereka tidak mahu melakukan perkara yang sama sekali lagi."

"Kadang-kala wang menjadi satu perkara yang dahsyat, Aaron telah lama berkhidmat dengan cemerlang untuk kelab (Arsenal) dan saya tidak suka melihatnya pergi."

"Dia sentiasa muncul dengan gol, kadang-kadang dia boleh menjadi lebih cekap dengan bola dan bermain dengan mudah,  dia pemain yang sangat berbakat."

"Namun ia adalah situasi di mana kedua-dua pihak berdegil (enggan mengalah)."

Ramsey ketika ini menerima gaji sebanyak £110,000 seminggu.

Post a Comment

Previous Post Next Post