Unai Emery tidak mahu terlalu memikirkan mengenai rekod Arsenal.

Pengendali Arsenal, Unai Emery tidak mahu terlalu memikirkan mengenai peluang untuk memecahkan ataupun menyamai rekod Arsenal selepas kemenangan berturut-turut ke-11.



Selepas berjaya menewaskan Sporting pagi tadi, Emery kini berada dilandasan terbaik untuk menyamai rekod kemenangan berturut-turut terpanjang Arsenal dan ianya juga tidak mustahil buat pengendali tersebut mencipta rekod baru.

Kali terakhir The Gunners berjaya mencatatkan kemenangan berturut-turut terpanjang adalah pada 2015 dengan sembilan kemenangan berturut-turut.

Bagaimanapun, rekod kemenangan berturut-turut Arsenal dicipta pada 1987 adalah merupakan yang terpanjang dengan 14 kemenangan berterusan.

Mula Tamat Jumlah kemenangan berturut-turut
12.09.1987 17.11.1987 14
23.03.2002 18.08.2002 13
25.08.2007 23.10.2007 12
16.03.2000 06.05.2000 12
25.08.2018 semasa 11
07.02.2004 20.03.2004 10
01.03.2015 18.04.2015 9
09.05.2004 14.09.2004 9
28.03.1998 03.05.1998 9
09.01.1932 27.02.1932 8


Ketika ini, Emery dilihat mampu menyamai rekod kemenangan berturut-turut yang dicipta pada tahun 2002 (13 kemenangan) apabila berdepan Crystal Palace dan Blackpool untuk dua perlawanan seterusnya Arsenal.

*Jangkaan penulis, Arsenal tidak menghadapi masalah untuk menewaskan dua pasukan tersebut.

Bil. Lawan Vanue Saingan
1 Crystal Palace A EPL
2 Blackpool H Piala Carabao
3 Liverpool H EPL
4 Sporting CP H Liga Europa
5 Wolves H EPL

Dan seandainya beliau mempu mengalahkan Liverpool pada perlawanan ketiga Arsenal nanti (perlawanan seterusnya), beliau mampu menyamai rekod yang dicipta hampir 31 tahun dahulu (14 kemenangan berturut-turut).

Pun begitu, beliau (Emery) tidak mahu terlalu memikirkan mengenai rekod tersebut sebaliknya memberi tumpuan kepada setiap perlawanan yang bakal dihadapi skuad Utara London ini.

"Tiga perlawanan, itu banyak perlawanan," katanya. 

"Kami hanya memikirkan perlawanan seterusnya menentang Crystal Palace. Kami juga menikmati setiap saat dengan penyokong kami." jelas beliau sebagaimana dipetik daripada Sky Sports.

"Hari ini kita bersama mereka dan mereka bersama kami, penyokong yang berasal dari Arsenal, dari London atau dari sini. Bagi kami, sangat penting untuk penyokong bersama kami dan menikmatinya.

"Saya seronok meneruskan kerja, proses kami. Mereka mempunyai permintaan yang tinggi untuk kami kerana setiap perlawanan tidak mudah bagi kami.



"Secara sejarah, ini sangat sukar bagi kami dan saya tahu ini, kami memikirkan tiga mata di Crystal Palace tetapi kami tahu bahawa ia sangat sukar untuk menang di sana. Bagi kami, terus menang adalah apa yang kami mahukan tetapi kami tahu ia bukan mudah dan kita boleh kalah. "

Disamping itu juga, Emery turut menjelaskan bahawa beliau kini mencari formula baru bagi meningkatkan prestasi Arsenal yang mana ketika ini The Gunners dilihat hanya lebih bertenaga pada separuh masa kedua perlawanan.

"Setiap perlawanan adalah satu peluang yang sangat besar untuk memperbaiki sesuatu perkara dan satu perkara adalah ini," kata beliau lagi ketika ditanya mengenai permainan Arsenal yang bermula dengan perlahan.

"Kami bercakap di dalam bilik persalinan sebelum perlawanan bermula hari ini tentang objektif kami, dan satu objektif adalah perkara ini, tetapi perkara yang paling penting adalah apabila kami berada di bilik persalinan pada separuh masa kami bercakap.

"Tetapi kita perlu terus mencari penyelesaian bagi kita untuk menjadi lebih baik di separuh masa pertama."

Post a Comment

Previous Post Next Post