Skuad negar bagi cabaran Piala Suzuki 2018. Kredit foto FAM

Kejohanan akan berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018 dengan dibahagikan kepada dua Kumpulan.

Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2018 merupakan edisi kedua belas Kejohanan Bola Sepak ASEAN, sebuah kejohanan bola sepak negara-negara yang bersekutu dengan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), dan keenam di bawah nama Piala Suzuki AFF (sempena penajaan pihak Suzuki).

Piala Suzuki AFF 2018 tampil dengan format baharu pada saingan peringkat kumpulan iaitu tanpa tuan rumah bersama yang menyaksikan setiap pasukan kali ini akan dapat beraksi dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.

Final secara timbal balik dijadual berlangsung pada 11 dan 15 Disember 2018.

Thailand selaku juara bertahan berada di Kumpulan B manakala skuad Harimau Malaya pula berada di Kumpulan A bersama juara edisi tahun 2008, Vietnam.

Kumpulan A
Pos Pasukan P M S K J B +/- Mt Penyingkiran
1 Vietnam 0 0 0 0 0 0 0 0 Peringkat Kalah Mati
2 Malaysia 0 0 0 0 0 0 0 0 Peringkat Kalah Mati
3 Myanmar 0 0 0 0 0 0 0 0
4 Kemboja 0 0 0 0 0 0 0 0
5 Laos 0 0 0 0 0 0 0 0

Kumpulan B
Pos Pasukan P M S K JG GB PG Mt Penyingkiran
1 Thailand 0 0 0 0 0 0 0 0 Peringkat Kalah Mati
2 Indonesia 0 0 0 0 0 0 0 0 Peringkat Kalah Mati
3 Filipina 0 0 0 0 0 0 0 0
4 Singapura 0 0 0 0 0 0 0 0
5 Timor-Leste 0 0 0 0 0 0 0 0

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe akan memulakan kempen pada 8 November 2018 bertemu Kemboja yang akan dilangsung di Stadium Olimpik, Phnom Penh.

Berikut adalah jadual penuh perlawanan skuad Harimau Malaya bagi saingan di peringkat kumpulan:
Tarikh Waktu Perlawanan Lokasi
8 November 2018 6.30 petang Kemboja vs Malaysia Stadium Olimpik, Phnom Penh
12 November 2018 8.45 malam Malaysia vs Laos Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
16 November 2018 7.30 malam Vietnam vs Malaysia Stadium Nasional My Dinh, Hanoi
24 November 2018 8.30 malam Malaysia vs Myanmar Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Senarai 23 pemain yang bakal menggalas cabaran negara pada edisi kali ini adalah seperti berikut:
Bil Pemain Umur Posisi Kelab
1. FARIZAL MARLIAS 32 PENJAGA GOL JOHOR DARUL TA’ZIM
2. AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK 31 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM
3. ADAM NOR AZLIN 22 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM
4. SYAMER KUTTY ABBA 21 TENGAH JOHOR DARUL TA’ZIM
5. SAFAWI RASID 21 SAYAP JOHOR DARUL TA’ZIM
6. AHMAD HAZWAN BAKRI 27 PENYERANG JOHOR DARUL TA’ZIM
7. SYAFIQ AHMAD 23 PENYERANG JOHOR DARUL TA’ZIM
8. HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY 25 PENJAGA GOL PERAK
9. SHAHRUL SAAD 25 PERTAHANAN PERAK
10. AMIRUL AZHAN AZNAN 25 PERTAHANAN PERAK
11. NAZIRUL NAIM CHE HASHIM 25 PERTAHANAN PERAK
12. KENNY PALLRAJ 25 TENGAH PERAK
13. AKRAM MAHINAN 25 TENGAH KEDAH
14. SYAZWAN ZAINON 29 SAYAP KEDAH
15. AKHYAR RASHID 19 SAYAP KEDAH
16. ZAQUAN ADHA ABD RADZAK 31 PENYERANG KUALA LUMPUR
17. SYAZWAN ANDIK ISHAK 22 PERTAHANAN KUALA LUMPUR
18. IRFAN ZAKARIA 23 PERTAHANAN KUALA LUMPUR
19. MOHAMADOU SUMAREH 24 SAYAP PAHANG
20. NORSHAHRUL IDLAN TALAHA 32 PENYERANG PAHANG
21. KHAIRUL FAHMI CHE MAT 29 PENJAGA GOL MELAKA UNITED
22. SYAHMI SAFARI 20 PERTAHANAN SELANGOR
23. SHAHREL FIKRI MD FAUZI 24 PENYERANG NAKHON RATCHASIMA

Post a Comment

Previous Post Next Post