Alexandre Lacazette selamatkan Arsenal, kekalkan rekod tanpa kalah

Jaringan lewat perlawanan daripada Alexandre Lacazette memberi mata berharga kepada Arsenal  ketika seri 1-1 menentang Liverpool di Stadium Emirates.

Babak pertama perlawanan berlangsung dengan begitu menarik apabila kedua-dua pasukan banyak melakukan percubaan yang mencemaskan.

Henrikh Mkhitaryan nyaris meletakkan Arsenal didepan melalui tandukan yang sedikit tersasar sementara Liverpool melalui Virgil van Dijk, dua kali hampir menjaringkan gol.

James Milner kemudian meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-61, selepas Bernd Leno menyelamatkan percubaan Mane.

Namun Lacazette berjaya menewaskan Alisson, hanya lapan minit menuju ke wisel penamat bagi mengikat kedudukan 1-1 dan mengekalkan rekod tanpa kalah Arsenal menjadi sembilan perlawanan dalam saingan liga.

Hosted by M.O This video is provided and hosted from a 3rd party server.

Post a Comment

Previous Post Next Post