Gray pastikan kemenangan emosi untuk Leicester

Pemain sayap itu satu-satunya penjaring ketika The Foxes mengalahkan Cardiff dalam perlawanan pertama sejak kematian pemilik kelab.

Demarai Grey menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika Leicester City memperoleh kemenangan penuh emosi di Cardiff City.

Sebelum perlawanan pertama Leicester semenjak kemalangan helikopter di luar stadium mereka seminggu lalu, yang menyaksikan pemilik dan pengerusi mereka, Vichai Srivaddhanaprabha bersama empat yang lain meninggal dunia, satu minit  berdiam diri sebagai tanda penghormatan dijalankan di Stadium Cardiff City.

Penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel jelas tidak mampu menahan sebak apabila menitiskan air mata semasa detik berdiam diri itu, menyelamatkan percubaan awal dari Bobby Reid (Cardiff City).

Cardiff nyaris mendahuli perlawanan apabila sepakan percuma, Victor Camarasa singgah di palang gol selepas 30 minit perlawanan bermula.

Walau bagaimanapun, Leicester memecah kebuntuan pada minit ke-55 apabila hantaran silang Ben Chilwell disudahkan dengan baik oleh Grey.

James Maddison dan Jamie Vardy nyaris mengandakan jumlah jaringan Leicester namun gagal menemui penyudah yang baik.

Kemenangan pertama dalam empat perlawanan membawa Leicester ke tangga ke-10 liga, sementara Cardiff jatuh ke zon penyingkiran dengan mengumpul lima mata.

Post a Comment

Previous Post Next Post