Transformasi Granit Xhaka di bawah Unai Emery, tonik tambahan untuk tingkatkan Arsenal.

Pada 25 Mei 2016, Arsenal telah menandatangani  Granit Xhaka dari Borussia Monchengladbach dengan bayaran sekitar £30-35 juta (RM162.86 juta - 190 juta).



Beliau membuat penampilan pertama untuk Arsenal (sebagai pemain gantian pada separuh masa) dalam kemenangan 2-1 menentang MLS All-Stars pada 28 Julai 2016.

Dan penampilan kompetitif pertama beliau adalah ketika perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2016/17, menetang Liverpool yang berkesudahan Arsenal tewas 4-3 dengan beliau masuk sebagai pemain gantian menggantikan Mohamed Elneny pada minit ke-65.

Baca: Sebab itulah kita memerlukan Xhaka.

Berusia 26 tahun, pemain kebangsaan Switzerland ini antara salah seorang pemain The Gunners yang sering menjadi mangsa kritikan.

Musim pertama beliau menyarung jersi Arsenal, beliau telah membuat 46 penampilan dalam kesemua pertandingan dan mengumpul dua kad merah serta 12 kad kuning.

Pun begitu, beliau tetap memberi sumbang dengan menghasilkan dua gol dan dua bantuan gol sepanjang musim tersebut.

Rekod penampilan musim pertama bersama Arsenal
Saingan Musim 2016/17 Penampilan Jaringan Bantuan Gol Kad Kuning Kad Merah
Premier League 32 2 2 5 2
Champions League 7 1 - 3 -
FA Cup 5 - 1 4 -
EFL Cup 2 1 - - -
JUMLAH 46 4 3 12 2


Rekod penampilan musim kedua bersama Arsenal
Saingan Musim 2017/18 Penampilan Jaringan Bantuan Gol Kad Kuning Kad Merah
Premier League 38 1 7 10 -
Europa League 6 1 - 1 -
EFL Cup 3 1 - 1 -
Community Shield 1 - 1 - -
JUMLAH 48 3 8 12 -

Musim kedua beliau bersama Arsenal, dapat dilihat dimana sumbangan beliau dalam membantu pasukan semakin meningkat dan rekod disipilin juga semakin menurun (dalam memungut kad merah) dengan tiada satu pun dipungut beliau.

Dengan musim ketiga beliau bersama The Gunners yang baru memasuki 11 perlawanan liga, persembahan beliau ketika ini boleh dianggap berada pada prestasi terbaik beliau.

Saingan Musim 2018/19 Penampilan Jaringan Bantuan Gol Kad Kuning Kad Merah
Premier League 11 2 1 4 -
Europa League 1 - - - -
JUMLAH 12 2 1 4 -

Sesuatu yang sukar difahami oleh kebanyakkan peminat dan penyokong adalah fungsi dan peranan beliau yang sebenarnya.



Beliau mungkin diingati kerana menghasilkan jaringan dan bantuan gol serta kesilapan yang dilakukan, yang mana rekod-rekod sebegini amat mudah diperolehi serta mudah untuk diingati; namun sumbangan beliau dalam keseluruhan pasukan juga tidak patut diabaikan.

Statistik Xhaka sepanjang bersama Arsenal.
Team Play Defence Attack
Assists 10 Tackles 177 Goals5 5
Passes 6,271 Tackle success % 70% Goals per match 0.06
Passes per match 77.42 Blocked shots 27 Headed goals 0
Big chances created 6 Interceptions 87 Goals with right foot 0
Crosses 163 Clearances 116 Goals with left foot 5
Cross accuracy % 26% Headed Clearance 68 Penalties scored 0
Through balls 28 Recoveries 549 Freekicks scored 2
Accurate long balls 431 Duels won 393 Shots 112
Duels lost 363 Shots on target 32
Successful 50/50s 40 Shooting accuracy % 29%
Aerial battles won 102 Hit woodwork 2
Aerial battles lost 90 Big chances missed 0
Errors leading to goal 5

Dimanakah dan apakah posisi sebenar Xhaka?


Apabila Arsenal menandatangani Granit Xhaka pada musim panas 2016, beliau merupakan antara pemain tengah paling mahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris. 

Pemain seperti Mesut Ozil dan Kevin de Bruyne telah ditandatangani dengan nilai yang lebih tinggi, namun dari segi pemain tengah yang sebenar (center midfielder), Xhaka adalah paling mahal dalam sejarah liga, walaupun untuk tempoh yang singkat.



Dengan nilai tinggi yang dikeluarkankan Arsenal  bagi mendapatkan beliau, sudah tentu harapan juga tinggi untuk melihat kehebatan beliau membantu The Gunners.

Penulis melihat beliau sebagai pemain tengah (CM) sejati dan beliau sebelum ini turut mengatakan bahawa beliau dirinya 'diibaratkan' sebagai No.10, walaupun dari kedudukan yang mendalam (sedikit kebawah). 

"Saya sebenarnya menggambarkan diri saya sebagai No.10 palsu dengan kata lain, No.10 yang bermain lebih jauh (ke bawah)."

Oleh itu, dari bawah Xhaka mencari ruang untuk memainkan dan melakukan hantaran kreatif, menembusi dan menukar titik serangan dan menambah kepelbagaian corak permainan Arsenal. 

Xhaka, adalah penting dalam membina permainan Arsenal dan beliau adalah seorang 'creator' dan bukannya seorang 'destroyer'.

Ketibaan Lucas Torreira memberikan Xhaka rakan seperjuangan tengah yang mampu meringankan bebanan beliau terutama pada permainan berorientasikan pertahanan yang tidak akan meninggalkannya terdedah untuk mempertahankan ruang yang luas.

Dengan Torreira juga berada pada bahagian tengah (double six), ianya mendorong Xhaka sedikit lebih tinggi di atas padang di mana jarak kelilingnya digunakan dengan baik dengan kelebihan hantaran jauh yang dimilikinya dan kekurangan ataupun kelemahan bertahan beliau dapat disembunyikan sedikit. 



Tambahan pula, Xhaka sangat baik pada menentukan tempo pemilikan kolektif. Ini adalah aset terbaiknya, mencari keseimbangan diantara mengawal permainan dan memajukannya ke kawasan yang lebih bahaya.

Bersama Torreira disisinya (destroyer), Xhaka diberi kebebasan dalam memberi tumpuan kepada kekuatannya, lebih-lebih lagi dengan menggunakan sistem yang menekan tinggi (high pressing) yang Unai Emery mahu melaksanakan akan mewujudkan proses pertukaran dengan cepat dan memecahkan benteng lawan yang mana Xhaka mempunyai kualiti untuk mengeksploitasi situasi tersebut.

Pun begitu adalah amat sukar buat seseorang untuk mengakui pentingnya peranan Xhaka apatah lagi mengakui kebolehan yang dimilikinya.

It’s very important for our balance that we have two midfielders like Xhaka and Torreira, because the balance in midfield is also important for the balance in defence and our balance offensively.
Unai Emery 

He (Torreira) is so important. He knows when to go and when to stay. He brings good balance between offence and defense.
-- Granit Xhaka 

Pengendali Arsenal, Unai Emery mahu The Gunners bermain dengan penuh tumpuan yang mendorong ke hadapan, tanggungjawab untuk membina permainan jatuh lebih jauh di bahagian tengah dan pemain tengah yang mendalam, yang harus mempunyai kemampuan untuk menghantar bola ke bahagian sayap, ke barisan pertahanan, atau secara vertikal melalui padang, kepada penyerang ataupun ke nombor 10. 

Sesungguhnya, dalam satu pasukan di mana penjaga gol menjadi pemain utama, hakikat bahawa penyumbang utama untuk membina adalah pemain No.6 agak logik (mungkin double six), yang memiliki kualiti hantaran yang menentukan aliran dengan menukar titik serangan, dari hantaran dalam bertahan ke hantaran menyerang.

Ia adalah peranan yang dipenuhi oleh Xhaka dan tidak ada seorangpun yang hampir dengan potensi dan kebolehan yang ada pada pemain yang sering dikeji dan dikutuk ini.

Unai Emery menganggap Granit Xhaka adalah watak penting dan selama serangan Arsenal dimulakan dengan bermain melalui kawasan tengah, Granit Xhaka akan tetap menjadi watak penting.

Post a Comment

Previous Post Next Post