5 Pemain bintang yang kariernya hampir dipunah dan dijahanamkan oleh Mourinho

Selain Mkhitaryan, berikut adalah lima pemain yang menjadi mangsa Mourinho yang seterusnya menyebabkan karier masing-masing hampir dan terpadam.



Henrikh Mkhitaryan tampil dengan begitu menakjubkan bersama Manchester United di awal musim 2017/2018 dimana beliau telah Ia menghasilkan lima bantuan gol untuk kelab yang lebih senang dipanggil Setan Merah itu.


Namun prestasi beliau mula menurun semenjak September tahun lalu dan kehilangan sentuhan ajaibnya menyebabkan beliau lebih banyak memanaskan bangku simpanan.

Pengurus Setan Merah, Jose Mourinho lebih gemar menurunkan dan menggunakan Jesse Lingard, Juan Mata, Anthony Martial dan Marcus Rashford berbanding beliau.

Situasi tersebut jelas memperlihatkan dimana khidmat beliau tidak lagi diperlukan oleh pengurus tersebut dan akhirnya Mkhitaryan dipaksa meninggalkan Old Trafford.

Dan ianya juga rahmat buat The Gunners apabila beliau menjadi pertukaran pemain dengan bintang Arsenal, Alexis Sanchez pada Januari 2018.

Ada yang mengatakan bahawa Mkhitaryan sebenarnya tidak mahu meninggalkan Old Trafford, namun dipaksa dan terpaksa berbuat demikian bagi memenuhi tuntutan Mourinho yang tidak menginginkan beliau lagi.

Dan sekiranya beliau kekal bersama Setan Merah, kemungkinan besar karier bolasepak beliau bakal terpadam disana menyebabkan beliau akur untuk berpindah.

Pun begitu, sebelum Mkhitaryan, Mourinho juga pernah 'menjahanamkan' karier lima pemain berstatus bintang dan berikut adalah kelima-lima pemain tersebut.


5 Pemain Bintang Yang 'Bintangnya' di Malapkan Mourinho.

1. Juan Cuadrado
Pada Februari 2015, Chelsea telah merekrut Juan Cuadrado dari Fiorentina dengan nilai perpindahan dianggarkan berjumlah £23.3 juta dan boleh mencecah £26.8 juta bergantung kepada penampilan beliau.

Kemasukan beliau itu juga menyaksikan Mohamed Salah dipinjamkan ke Fiorentina pada musim tersebut (2 Februari 2015).

Namun Cuadrado gagal untuk mempamerkan aksi menarik dan juga gagal mencari keserasian bersama Eden Hazard selain juga gagal menterjemahkan apa yang diinginkan oleh Mourinho, yang menjadi pengurus Chelsea ketika itu.

Dalam dua bulan terakhir bersama The Blues, semenjak menyertai mereka, pemain sayap kelahiran Colombia itu hanya membuat dua penampilan sahaja, menjadikan beliau pada musim tersebut hanya membuat empat penampilan penuh dengan 10 sebagai pemain gantian.

Rekod penampilan
musim 2014/15
EPLPiala FAPiala LigaUCLJumlah
Penampilan
Jumlah Gol 
PJPJPJPJ
Colombia Juan Cuadrado4 (8)0000 (1)00 (1)04 (10)0
P = Penampilan, J= Jaringan , (x) = pemain gantian

Cuadrado pada musim terakhir bersama Fiorentina (setengah musim) berjaya membuat 26 penampilan dengan enam gol dijaringkan beliau, namun bersama Chelsea, beliau gagal menghadirkan sebarang gol.



Bermula musim kedua (musim 2015/16), beliau menyertai Juventus untuk tempoh setahun sebelum menyambung setahun lagi pinjaman pada musim berikutnya (2016/17).

Dan pada 22 Mei 2017, Juventus mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani Cuadrado secara tetap.

Maka tamatlah karier 'menyeramkan' Cuadrado bersama Mourinho.

2. Ricardo Kaka
Pemain kedua yang menjadi mangsa Mourinho adalah bintang yang cukup terkenal iaitu Ricardo Kaka.

Sangat menyedihkan melihat prestasi Kaka ketika bersama Real Madrid setelah meninggalkan AC Milan pada tahun 2009.

Tahun pertama beliau bersama Los Blancos, beliau hanya mampu menjaringkan sembilan gol dan menghasilkan lapan bantuan gol.

Peminat-peminat beliau masih berharap Kaka mampu menampilkan kecemerlangan setelah kedatangan Mourinho di Santiago Bernabeu pada tahun 2010.

Namun sayang harapan tersebut berkubur setelah Mourinho lebih gemar memerap Kaka selama tiga tahun dibangku simpanan.

Selama tiga tahun di bawah kendalian Mourinho, pemain Brazil itu lebih banyak berjuang untuk bangkit dari bangku simpanan daripada menjadi pemain utama gergasi Sepanyol itu.


3. Iker Casillas
Selain Kaka, Mourinho juga membunuh karier Iker Casillas ketika berada di Real Madrid. 

Tidak dapat dinafikan serta tidak ada yang pernah meragui bahawa Casillas sebagai salah seorang penjaga gol terhebat dunia ketika itu.

Namun ianya tidak di mata Mourinho. Pada tahun terakhirnya mengendalikan Real Madrid, Mourinho lebih mempercayai Diego Lopez untuk menjaga gawang Los Blancos berbanding pemenang Penjaga Gol Terbaik La Liga sebanyak dua kali itu (La Liga Best Goalkeeper: 2009, 2012)

Casillas kini bermain untuk Porto semenjak meninggalkan Madrid pada tahun Julai 2015.
4. Juan Mata
Entah apa yang ada dibenak Mourinho ketika melepas pemain yang sudah berlabel bintang, seperti Juan Mata pada Januari 2014.



Tidak teragak-agak beliau melepaskan Mata kepada rival The Blues, Manchester United. 

Padahal, pemain tengah Sepanyol itu merupakan Player of the Year Chelsea untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2012 dan 2013.

Keputusan tersebut sudah pasti membuatkan para 'kipas susah mati' The Blues kecewa dan marah. 

Ketika melepas Mata, Mourinho tidak dapat menjanjikan tempat dalam skuad utama Chelsea, sementara pemain berusia 29 tahun tersebut inginkan kedudukan tetap.

Tidak punya pilihan lain, Mourinho pun memutuskan untuk melepas Mata yang bermula karier awalnya bersama Real Madrid B kepada Setan Merah. 

Namun itu hanyalah cerita lama. Sekarang, Juan Mata merupakan pemain penting dalam skuad Mourinho di Old Trafford.
5. Hamit Altintop
Mungkin peminat Real Madrid telah melupakan pemain berbisa Turki, Hamit Altintop. 

Pemain berusia 36 tahun ini baru sahaja menamatkan kontrak beliau bersama kelab Jerman, Darmstadt 98.



Beliau menyertai Los Blancos pada 19 Mei 2011 setelah meninggalkan Bayern Munich secara ejen bebas dan beliau merupakan ahli skuad yang memperkuatkan pasukan tersebut pada musim 2011/12.

Altintop adalah pemain bintang yang dipilih dan dihancurkan oleh tangan Mourinho sendiri dan beliau hanya membuat 12 penampilan dalam tempoh semusim di Santiago Bernabeu.

Rekod penampilan bersama Real Madrid 2011-2012
League Copa del Rey Supercopa Europe Jumlah
P
J
P
J
P
J
P
J
P
J
5 1 3 0 0 0 4 0 12 1
P = Penampilan, J = Jaringan dilakukan

Post a Comment

Previous Post Next Post