Emery mahu mencari pertahanan tengah pada Jendela Perpindahan Januari ini

Jurulatih Arsenal, Unai Emery mengakui bahawa beliau mungkin terpaksa menambah pertahanan tengah pada senarai belanja Januari nanti.



Arsenal tidak mempunyai banyak pilihan pada posisi pertahanan tengah dan bertandang ke Southampton pada hari Ahad nanti bagi saingan Liga Perdana Inggeris, Emery hanya memiliki Laurent Koscielny pada posisi tersebut setelah beberapa pemain utama mengalami kecederaan dan digantung perlawanan.

Koscielny kembali membuat penampilan awal pagi tadi untuk kali pertama setelah berehat panjang ekoran mengalami kecederaan Achilles yang serius semenjak Mei lalu dan beliau pada perlawanan  menentang Qarabaq bermula dalam kesebelasan utama pasukan.

Dengan 72 minit beraksi sebelum digantikan dengan Monreal (seorang lagi pemain pertahanan yang baru pulih dari kecederaan), kepulangan beliau itu boleh dikatakan tepat pada masanya.

Koscielny mampu mengambil kembali tempat dan posisi beliau sebelum ini di bahagian pertahanan ketika berkunjung ke St Mary Ahad ini setelah Konstantinos Mavropanos dan Rob Holding mengalami kecederaan manakala Shkodran Mustafi juga bergelut dengan masalah hamstring serta Sokratis Papastathopoulos pula digantung satu perlawanan (terlepas perlawanan menentang Southampton).

Posisi Pemain Umur Mula Bersama Penampilan Gol Tamat Kontrak Catatan
CB/RB Shkodran Mustafi 26 2016 93 7 2021 Cedera - Hamstring/Strain
CB/LB/RB Rob Holding 23 2016 60 1 2023 Cedera - ACL
CB/RB Sokratis Papastathopoulos 30 2018 15 1 2021 Digantung 1 perlawanan
CB Laurent Koscielny 33 2010 325 24 2020 Captain
CB Konstantinos Mavropanos 21 2018 (Januari) 3 0 2023 Cedera -Groin strain
CB/RB/DM Calum Chambers 23 2014 83 3 2022 On loan at Fulham
RB/RWB Stephan Lichtsteiner 34 2018 12 1 2019
RB/RWB Héctor Bellerín 23 2013 178 7 2023
RB/LB/CB Carl Jenkinson 26 2011 66 1 2020
LB/CB Nacho Monreal 32 2013 (Januari) 224 10 2019
LB/LWB/DM Sead Kolašinac 25 2017 43 5 2022



Dengan begitu banyak dilema di bahagian pertahanan, Emery kelihatan bersedia untuk memainkan fungsi pemain 'full-back' pada kedudukan tersebut dengan Nacho Monreal dan Carl Jenkinson mampu mengisi kekosongan tersebut, serta kemampuan Stephan Lichtsteiner turut mungkin akan digunakan berbanding Jenkinson.

Selain itu, beliau juga boleh memilih untuk menurunkan pemain muda Zech Medley, yang mana telah membuat dua penampilan bersama skuad utama The Gunners dalam saingan Liga Europa ketika menentang Vorskla dan Qarabag pagi tadi.

Dalam perkembangan terkini, beliau juga mengakui bahawa The Gunners boleh mempertimbangkan pemain pertahanan pada jendela perpindahan Januari dibuka nanti .

Sebelum ini pemain Chelsea, Gary Cahill dan Eric Bailly dari Manchester United kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates.

"Saya fikir jika kita boleh mengambil seorang pemain untuk membantu kami di bahagian tengah pertahanan, saya fikir ia adalah pilihan yang baik," kata Emery.

"Perpindahan (jendela Januari) tidak mudah ... Koscielny sudah kembali dan untuk pasukan, itu sangat penting.

"Kemudian kami akan tunggu dan melihat bagaimana perkembangan Mavropanos dengan kecederaannya, kerana dia juga pemain tengah yang dapat membantu kami. 

"Pilihan lain yang kita boleh bermain dengan dua, dengan tiga, Nacho Monreal dan Lichtsteiner boleh bermain dalam kedudukan ini. 

"Saya lebih suka menggunakan (dua atau tiga pertahanan tengah), jika boleh, pakar pertahanan tengah. "



Arsenal juga dilaporkan sudah bersedia dengan idea untuk menandatangani penyerang pada bulan Januari selepas Danny Welbeck terpaksa diketepikan bagi saingan musim ini ekoran kecederaan pergelangan kakinya bulan lepas.

Emery pada mulanya mencabar pemain remaja The Gunners, Eddie Nketiah untuk mengisi kekosongan tersebut, namun produk akademi Arsenal itu hanya bermula sekali semenjak itu (dalam saingan Liga Perdana) dan gagal bersinar dalam kemenangan terhadap Vorskla Poltava bagi saingan Liga Europa.

Namun itu adalah situasi sebelum perlawanan menentang Qarabag pagi tadi yang mana Emery telah menjelaskan bahawa ianya adalah sebahagian daripada proses perkembangan pemain muda itu.

"Ini adalah satu proses," kata Emery ketika ditanya sama ada beliau gembira dengan apa yang dilihatnya dari Nketiah yang dijangka memimpin barisan hadapan bersama Lacazette ketika menentang Qarabag.

"Dalam proses ini kami memberi mereka, Eddie Nketiah, Joe Willock, Emile Smith Rowe, peluang untuk bekerja dengan kami.

"Permintaan kami sangat besar. Kami akan membantu mereka dan kemudian mereka juga perlu mengambil tanggungjawab ini dengan penuh keyakinan dan prestasi yang mengagumkan.

"Kami memerlukan mereka, tetapi kami juga memerlukan persembahan menakjubkan. "

Dan pada perlawanan pagi tadi ketika menentang Qarabag, Nketiah telah beraksi penuh 90 minit dan persembahan beliau boleh dianggap cemerlang selain Maitland-Niles yang turut mempamerkan aksi menarik.

Bagaimana pun, seorang lagi pemain muda iaitu Saka paling mencuri tumpuan dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa beliau adalah pemain terbaik pagi tadi.

Post a Comment

Previous Post Next Post