Ozil ke Italy Januari ini mengikut laporan, hubungan tegang bersama Emery.

Mesut Ozil dikatakan ingin mencuba pengalaman di Itali berdasarkan dakwaan media Itali dan mungkin meninggalkan Emirates pada Januari ini disebabkan hubungan bersama Emery.



Bekas pemain Real Madrid ini telah menandatangani kontrak baru bersama The Gunners pada awal tahun ini ketika Arsene Wenger masih bertanggungjawab di Arsenal.

Unai Emery dilantik sebagai pengganti kepada pengendali kelahiran Perancis pada musim panas dan hubungan beliau bersama perancang berusia 30 tahun itu dikatakan 'tegang' menurut laporan dari Tutto Mercato Web (jika boleh dipercayai).

Pemenang Piala Dunia bersama Jerman itu, muncul kali terakhir untuk The Gunners pada perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers bulan lalu yang berkesudahan seri 1-1.

Laporan tersebut mendakwa hubungan yang ketat antara bekas pengurus Sevilla dan pemain Jerman itu ketika ini sangat 'tegang' dan dijangka Ozil akan meninggalkan Emirates pada bulan Januari nanti.

TMW menyebut Ozil mahu mencari Cristiano Ronaldo, sama ada sebagai rakan sepasukan atau lawannya dalam liga yang sama. 



Dengan alasan itu serta ditambah dengan keinginan Ozil untuk mencuba liga baru, Liga Itali - Serie A dikatakan menjadi pertimbangan beliau dalam membuat pertukaran ke Itali.

Pemain Arsenal 'ingin mencuba pengalaman di Itali' -- TMW

Emery disebut sebagai 'motivasi utama' di belakang keputusan bekas bintang Real Madrid untuk meninggalkan Utara London tetapi kontrak beliau di Arsenal hanya akan berakhir pada Jun 2021 dan itu boleh menyukarkan mana-mana kelab Serie A untuk menandatangani Ozil yang merupakan salah seorang kapten The Gunners musim ini.

TO THE SHORT IRONS WITH EMERY - The midfielder, former Real Madrid, does not have a particular feeling with the new technician. Indeed, it would be just this relationship tense the main motivation for a goodbye, after having renewed a short time ago. When, however, Arsene Wenger was still there. Chatted in the Milan area but that has been approached, strongly, to Bayern Munich.

*Terjemahan dari Bahasa Itali ke Inggeris menggunakan Google Translate. Mungkin terdapat kesilapan susunan ayat dan maksud. Harap maaf.

Perkembangan ini menjadi semakin menarik untuk diperhatikan dan bagaimana ianya akan berkembang (dilaporkan) pada minggu-minggu akan datang. Kurangnya Ozil bermain, semakin banyak khabar angin akan muncul.

Post a Comment

Previous Post Next Post