Unai Emery hanya akan buat keputusan mengenai Mesut Ozil dalam tempoh 24 JAM seterusnya.

Pengendali Arsenal, Unai Emery berkata keputusan mengenai status Mesut Ozil bagi perlawanan Sabtu ini menentang Huddersfield akan dibuat pada hari Jumaat (waktu UK).



Ozil telah terlepas dua perlawanan terakhir Arsenal dengan masalah belakang (sakit) dan tidak beraksi semenjak 11 November.

Ketiadaan perancang Jerman itu telah menyebabkan spekulasi mengenai hubungannya dengan Emery dikatakan tegang dan mungkin bakal meninggalkan Emirates Januari ini .


Bagaimanapun bos Arsenal itu pantas menafikan dan menolak dakwaan yang mengatakan terdapat 'masalah' di antara mereka dan ketika ditanya mengenai tarikh kembalinya Ozil dalam sidang akhbar sebelum perlawanan, beliau berkata: 

"Ozil sakit sakit belakang dan sekarang dia bekerja dengan fisioterapi.

"Kami akan memantau perkembangan itu dan bila dia boleh kembali bersama kami."

Emery kemudiannya turut ditanya sama ada Ozil boleh bermain pada hari Sabtu dan menambah: 

"Pagi ini dia bekerja dengan ahli fisioterapi di lapangan, berlari dan menyentuh bola.

"(Jumaat) akan diputuskan, keputusan."

Arsenal berjaya membawa pulang empat mata hasil daripada dua perlawanan terakhir mereka iaitu menentang Tottenham dan Manchester United, serta bakal menghadapi Huddersfield di Emirates pada hari Sabtu ini, jam 11.00 malam waktu Malaysia.

Dan Emery merasakan pemain-pemain beliau perlu sentiasa memberikan persembahan pada tahap tertinggi bagi menjamin ataupun mencari kemenangan.

"Saya telah belajar di Liga Perdana bahawa setiap pasukan mempunyai pemain yang baik, organisasi yang baik, kemungkinan yang baik dalam 90 minit terhadap setiap pasukan," katanya.

"Pada hari Sabtu, perkara pertama adalah penghormatan yang sangat besar, lebih daripada Manchester United, lebih daripada Tottenham, kerana kami memerlukan tahap yang tinggi dalam prestasi kami untuk menang menentang mereka.

"Yang paling penting, pasti kita memerlukan tahap yang tinggi secara individu dan kolektif.

"Saya memberitahu anda pada permulaan sidang akhbar ini, pada hari Selasa menentang Bournemouth, mereka bermain sangat bagus.

"Juga mereka menang di (Wolves) dalam perlawanan terakhir.

"Pada hari Sabtu, mereka akan memberi tekanan yang banyak dan mungkin memberi kejutan.

"Kami sangat yakin dengan cara kami - cara kerja, persiapan dan persediaan kami, rasa hormat, sokongan daripada penyokong kami di Emirates dan merasakan semangat bersama mereka."

Post a Comment

Previous Post Next Post