Peminat Real Betis ceriakan ratusan kanak-kanak tempatan menjelang sambutan Krismas ketika seri 1-1 dengan Eibar.



Mereka memberi respons tersebut setelah cadangan yang diutarakan sebelum ini yang memohon penonton-penonton untuk memberikan sumbangan sebelum perlawanan bermula, dengan melontar beribu-ribu patung beruang (teddy bears) dan mainan lembut lain (soft toys) dari tempat duduk Estadio Benito Villamarín, Seville.

Mainan tersebut dikumpulkan sebelum perlawanan bermula dan akan diedarkan kepada keluarga yang kurang bernasib baik di daerah tersebut.


Keputusan seri itu, menyaksikan Betis kini menghuni tangga keenam La Liga dengan mengumpul 26 mata, 11 mata dibelakang pendahulu liga, Barcelona.

Perlawanan menentang Eibar (tangga ke-13 La Liga) telah dihadiri seramai 49,426 penonton dan ianya merupakan saat yang begitu indah untuk dikenang dan diingati.

Post a Comment

Previous Post Next Post