Respon Emery berhubung dakwaan trio The Gunners boleh dipaksa meninggalkan Arsenal.

Unai Emery telah menolak spekulasi bahawa tiga bintang Arsenal boleh dipaksa keluar dari kelab di tengah-tengah kegelapan yang menyelubungi skandal hippy-crack yang didedahkan baru-baru ini.



Pemain The Gunners seperti Mesut Ozil, Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette merupakan antara mereka yang terbabit dan dilihat berada di dalam video sebuah parti pada Ogos lepas.
Laporan The Sun yang mendedahkan aktiviti pesta pemain-pemain The Gunners pada  7 Disember 2018.
Mereka dikatakan (dilihat) mengambil nitrous oksida, walaupun tindakan tersebut tidak menyalahi undang-undang namun ianya pasti memberikan impak negatif kepada masyarakat.

Lebih-lebih lagi ianya dilakukan oleh pemain bolasepak profesional yang mana tindakan tersebut (berpesta) tidak begitu diharapkan oleh penyokong dan masyarakat.

Walaupun ianya adalah lumrah kehidupan dan tindakan tersebut tidaklah menyalahi undang-undang, penulis bagaimanapun tidak menyalahkan mereka, namun tindakan 'mereka' yang 'membocorkan' video tersebut merupakan satu tindakan tidak bermoral.



Media Inggeris, The Sun yang mendedahkan aktiviti tersebut menggunakan perkataan 'hippy crack' dan perkataan tersebut ditambah dengan perkataan lain membentuk 'hippy crack club binge' bagi menggambarkan ianya adalah 'pesta liar' namun sebenarnya ianya adalah gas ketawa. 

Pun begitu, walaupun The Sun melalui wartawannya, Nick Parker mendedahkan laporan serta video tersebut dikecam teruk, namun seorang penyokong dan peminat Arsenal, Piers Morgan telah tampil mempertahankan tindakan tersebut.

Nick Parker sebelum ini pernah didakwa dan didapati bersalah kerana memiliki telefon curi milik Ahli Parlimen UK, dipenjarakan selama tiga bulan. Anda boleh membacanya disini.
Dan impak negatif yang dikaitkan dengan cerita itu semakin rosak apabila seorang pemain, Matteo Guendouzi, kelihatan seperti 'hilang kesedaran' dalam video pesta eksklusif di Club Tape, London.


Ekoran itu, ianya telah menyebabkan beberapa pemerhati mencadangkan skandal itu boleh menyebabkan karier bintang-bintang terkenal Arsenal itu berakhir di Emirates dalam masa terdekat dan sebab itu jugalah bekas penyerang Stoke dan Reading, Dave Kitson, menjelaskan mengapa beliau begitu malu dan kecewa dengan laporan tersebut.

Sementara pengendali The Gunners, Emery menafikan spekulasi tentang masa depan Ozil dalam sidang media pada hari Rabu, beliau turut menegaskan bahawa beliau percaya kepada pemainnya dan berkata perkara itu telah diatasi secara dalaman.

"Kelab ini telah memberitahu anda bahawa perbincangan ini hanya hal dalaman kami," kata pengendali kelahiran Sepanyol itu dalam sidang media pra perlawanan menentang Qarabag bagi saingan Liga Europa awal pagi esok.

"Bagi saya, perkara yang paling penting adalah untuk tidak kehilangan fokus kami.

"Saya percaya pemain saya, saya percaya tingkah laku mereka."

Semoga semuanya berjalan lancar buat The Gunners dan diharapkan juga agar kontroversi yang tidak sepatutnya menjadi topik hangat dikurangkan.

Jika Emery mempercayai pemain-pemain beliau, bagaimana pula kita? #COYG 💪

Post a Comment

Previous Post Next Post