Adakah kecederaan belakang Ozil disebabkan oleh permainan Fortnite? Respon Emery berkenaan isu ini.

Pengendali Arsenal, Unai Emery telah memberi respon berhubung dakwaan kecederaan belakang Mesut Ozil yang disebabkan oleh bermain permainan komputer, Fortnite.



Pemain perancang Jerman kembali menjalani latihan pada minggu ini dan kali terakhir beliau membuat penampilan untuk The Gunners adalah ketika menentang Wolves yang berkesudahan seri 1-1 pada 11 November lalu.

Dan semenjak itu beliau terlepas tiga perlawanan Liga Perdana ketika bertemu Huddersfield dan Manchester United selepas diketepikan pada perlawanan derby Utara London, menentang Tottenham ekoran mengalami sakit belakang.

Beliau ketika perlawanan menentang Bournemouth telah disenaraikan bersama skuad namun hanya berada dibangku simpanan dan tidak digunakan Emery sepanjang perlawanan tersebut.

Rekod penampilan lima perlawanan terakhir Ozil dan Arsenal
# Tarikh Venue Lawan Keputusan Posisi Minit Beraksi
12 11/11/18 H Wolverhampton 1:1 AM - Kapten 69'
13 11/25/18 A Bournemouth 1:2 Bangku Simpanan -
14 12/2/18 H Spurs 4:2 Sakit Belakang (cedera) -
15 12/5/18 A Man Utd 2:2 Sakit Belakang (cedera) -
16 12/8/18 H Huddersfield 1:0 Sakit Belakang (cedera) -



Dan awal minggu ini, terdapat laporan yang mendakwa bahawa kekejangan belakang ataupun sakit belakang yang dihadapi oleh Ozil itu adalah disebabkan pemain itu bermain Fortnite selama lebih dari lima jam sehari.

Petikan daripada The Express menyebut:

"Menurut portal statistik 'Wasted on Fortnite', akaun permainan Ozil telah memainkan sekitar 5221 perlawanan pada kiraan terakhir.

"Permainan purata Fortnite mengambil masa kira-kira 20 minit.

"Berdasarkan angka tersebut, Ozil telah mengumpul masa bermain berjumlah 104,420 minit, menyamai 1740 jam atau 72 hari. "

Malahan, seorang doktor Sukan juga mengesahkan kepada akhbar Jerman, BILD bahawa permainan Fortnite mungkin sekurang-kurangnya membuat masalah belakang Ozil menjadi lebih buruk, walaupun ianya tidak mungkin menyebabkan kecederaan tersebut (punca kecederaan).



Apabila ditanya sama ada kecederaan Ozil disebabkan oleh bermain permainan komputer terlalu banyak, Emery menjawab:

"Saya tidak tahu, esok dia berada dalam kumpulan, 18 pemain untuk perlawanan ini.

"Kami akan menentukan sama ada dia akan bermain esok dari awal (bermula minit pertama) atau dalam tempoh 90 minit (perlawanan)."

Untuk rekod, Ozil sebelum ini pernah mengalami kecederaan belakang pada musim 2017/18 yang menyebabkan beliau terlepas empat perlawanan.

Musim Kecederaan Dari Hingga Hari Perlawanan Terlepas
18/19 Back trouble Nov 30, 2018 Dec 8, 2018 8 4
17/18 Knee Problems Jun 7, 2018 Jun 15, 2018 8 -
17/18 Back Injury May 3, 2018 May 31, 2018 28 4
17/18 Knee inflammation Sep 11, 2017 Sep 21, 2017 10 3
17/18 Ankle problems Aug 3, 2017 Aug 7, 2017 4 1
16/17 Muscular problems Mar 13, 2017 Mar 23, 2017 10 1
16/17 Ill Feb 27, 2017 Mar 6, 2017 7 1
16/17 Ill Dec 29, 2016 Jan 9, 2017 11 3
15/16 Ankle problems Mar 21, 2016 Mar 24, 2016 3 -
15/16 Foot Injury Jan 14, 2016 Jan 21, 2016 7 1
15/16 Patella problems Aug 27, 2015 Aug 31, 2015 4 1
14/15 Ruptured knee ligament Oct 6, 2014 Jan 5, 2015 91 18
13/14 Hamstring Injury Mar 13, 2014 Apr 14, 2014 32 6
13/14 Dead Leg Feb 20, 2014 Feb 27, 2014 7 1



Arsenal kembali beraksi pada pagi esok, jam 4 pagi waktu Malaysia apabila menerima kunjungan Qarabag bagi saingan terakhir perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa.



Post a Comment

Previous Post Next Post