Unai Emery mohon maaf kepada peminat dan penyokong Brighton di Stadium Amex.

Emery menunjuk tempat di mana beliau menendang botol air sambil menjelaskan kejadian tersebut kepada pegawai keempat perlawanan.

Pengendali Arsenal, Unai Emery meminta maaf kepada penyokong Brighton selepas menendang botol air ke arah tempat duduk penyokong tuan rumah.

Perlawanan awal pagi tadi berkesudahan dengan Arsenal tercicir mata selepas sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 di Stadium Amex.

Arsenal tampil hambar pada perlawanan tersebut walaupun mendahului perlawanan pada minit ke-7 hasil jaringan Aubameyang namun gagal mengekalkan kelebihan tersebut apabila tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35.

Walaupun Arsenal menguasai perlawanan dengan mendominasi hampir 70%, namun anak buah Emery gagal untuk menambah jaringan sebaliknya terpaksa berpuas hati dengan satu mata yang diperolehi (hasil keputusan seri) pada perlawanan tersebut.

Statistik perlawanan.
Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa perlawanan pagi tadi sedikit membosankan dan mungkin juga terlalu berhati-hati serta ketandusan idea terutamanya pada bahagian tengah.

Dan mungkin juga kerana kegagalan pemain-pemain untuk melakukan apa yang dirancangkan Emery menyebabkan pengendali Arsenal itu 'hilang kawalan' dengan menendang botol air ditepi padang yang mana mungkin beliau terlalu geram dengan beberapa tindakan anak buah beliau diatas padang.

Statistik hantaran.
Tindakan beliau menedang botol air tersebut turut mencetus insiden 'kecil', namun beliau mampu menanganinya dengan baik.

Botol air yang ditendang Emery itu memasuki kawasan tempat duduk penontong tuan rumah dan lebih malang lagi, ianya telah terkena salah seorang penyokong tuan rumah.

Pun begitu, Unai Emery segera meminta maaf kepada penyokong Brighton dan tindakan beliau itu akhirnya berjaya meredakan perasaan marah penyokong tuan rumah yang nyata berang dengan tindakan menyepak botol air itu.
Unai Emery dilihat berjalan ke arah botol air di luar kawasan teknikalnya.
Emery dilihat menendang botol itu ke dalam kawasan penyokong tuan rumah, Brighton.
Botol dilihat melantung ke arah tempat duduk penyokong tuan rumah.
Pengurus Arsenal meminta maaf kepada peminat Brighton selepas menendang botol air.
Malah beliau sekali lagi memohon maaf kepada penyokong Brighton sejurus wisel penamat dibunyikan dan menyatakan kekesalan beliau.

Emery turut menjelaskan secara ringkas mengenai apa yang berlaku selepas tamat perlawanan dengan mengatakan:

"Saya berkata kepada mereka, "minta maaf" kerana saya menendang botol selepas tindakan yang mengecewakan untuk kami pada minit-minit terakhir.

"Ia tidak kuat, tetapi ia mengenai seorang penyokong mereka. Saya berkata kepada mereka saya minta maaf."

Emery menjelaskan insiden tersebut kepada pegawai keempat perlawanan.
Permohonan maaf Emery diterima dengan baik, kes selesai.
Unai Emery terselamat daripada menerima sebarang hukuman selepas pegawai perlawanan berpuas hati dengan tindakan susulan yang dilakukan oleh pengendali Arsenal itu dan memutuskan untuk tidak memasukkan perkara tersebut didalam laporan perlawanan. (menurut DailyMail).

Post a Comment

Previous Post Next Post