Ozil sekali lagi dikeluarkan atas faktor taktikal.

Pengendali Arsenal, Unai Emery menerangkan mengapa Mesut Ozil dikeluarkan pada separuh masa ketika seri di Stadium AMEX.



Mesut Ozil bermula dalam kesebelasan utama Arsenal ketika berdepan Brighton and Hove Albion namun tidak kelihatan pada separuh masa kedua perlawanan.

Beliau digantikan oleh Alex Iwobi pada babak kedua perlawanan dalam usaha Emery untuk mencari tiga mata berharga pada pertemuan tersebut.

Namun akhirnya beliau hanya mampu berpuas hati dengan membawa pulang satu mata selepas terikat 1-1 di Stadium AMEX.

Dan tindakan Emery mengeluarkan bintang tersohor The Gunners itu sekali lagi mengundang persepsi buruk mengenai pemain tersebut.

Selepas dipinggirkan untuk beberapa perlawanan, masa depan Mesut Ozil bersama The Gunners terus hangat diperkatakan.

Jika sebelum ini beliau dipinggirkan ekoran kecederaan, namun pada perlawan Derbi Utara Landon, Emeri turut tidak menyenaraikan pemain tersebut dengan alasan ianya adalah kerana faktor taktikal pasukan dan tiada sebab lain.

Pun begitu, pada perlawanan pagi tadi, Ozil telah dikeluarkan pada separuh masa kedua ketika pasukan terikat dengan kedudukan 1-1.

Menurut laporan TalkSport, Emery mengeluarkan Ozil dengan menggantikan Iwobi adalah kerana taktikal dan bukan kerana pemain tersebut mengalami kecederaan.

"Ia adalah taktikal," kata Emery kepada talkSPORT.

"Seperti sebelum ini, dalam perlawanan lain, kami membuat keputusan seperti itu.

"Hari ini juga sama kerana kami fikir kami memerlukan sedikit masa untuk taktikal bagi melakukan lebih banyak dengan keseimbangan, jadi ini sebabnya."

Dengan keputusan seri, ini bermakna Manchester United ketika ini hanya enam mata dipisahkan dengan The Gunners, yang turut sama berusaha mencari dan merebut slot Liga Juara-Juara musim depan.

Walaupun gelaran Liga Perdana dilihat begitu pasti tidak mampu dikejar Emery pada musim ini, namun pengendali Arsenal itu mengakui beliau mahukan (menuntut) lebih banyak daripada dirinya dan pemain-pemain beliau bagi menyertai persaingan elit Eropah.

"Saya fikir kita memerlukan sedikit lagi," katanya.

"Dari saya dan dari pemain kerana kita perlu melakukan satu langkah lagi dalam prestasi kami.

"Tetapi saya gembira dengan pemain, saya gembira dengan usaha, dengan komitmen, dengan tingkah laku.

"Juga kita perlu meneruskan proses dan kemajuan kita termasuklah setiap pemain dan kerja kita."

Apabila ditekan sekali lagi untuk mengesahkan tidak ada motif tersembunyi untuk membawa keluar pemain perancang, Mesut Ozil pada babak kedua, bekas pengendali Paris Saint Germain itu berdiri teguh sekali lagi dengan jawapan beliau.
"Tidak, dia (Ozil) sama seperti pemain lain."
Mesut Ozil dikeluarkan kerana faktor taktikal Emery.

Post a Comment

Previous Post Next Post