Emery tenang dengan kecederaan yang melanda Koscielny.

KECEDERAAN terbaru yang dialami Laurent Koscielny sebelum menentang Blackpool tidak begitu memeningkan Unai Emery dan pengendali Arsenal tenang menghadapinya.



Pengendali Arsenal, Unai Emery tidak mengharapkan isu kecergasan terbaru Laurent Koscielny menjadi topik utama, namun beliau tahu menggunakan kapten The Gunners dengan lebih bijak selepas ini.

Koscielny diturunkan semasa sesi pemanasan sebelum The Gunners mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Blackpool pada pusingan ketiga Piala FA, namun mengalami sakit belakang yang memaksa beliau direhatkan dan digantikan dengan Carl Jenkinson sebelum perlawanan tersebut bermula.


Koscielny terlepas aksi Piala Dunia bersama Perancis dan juga Arsenal pada awal musim ini akibat kecederaan tendon Achilles yang dialaminya ketika kekalahan di separuh akhir Liga Europa kepada Atletico Madrid pada bulan Mei tahun lalu; dan beliau hanya kembali beraksi pada bulan lepas.

Koscielny mengalami kecederaan pada peringkat separuh akhir Liga Europa musim lalu.

Krisis kecederaan pemain pertahanan menyebabkan Emery terdesak menggunakan kapten Arsenal lebih awal termasuklah untuk beberapa perlawanan 'berat'.

Dan pengendali Arsenal itu sendiri mengakui dimana kesilapan dalam menurunkan Koscielny beraksi serta dalam beberapa siri latihan yang diberikan terhadap pemain berusia 33 tahun itu menyebabkan pemain tersebut mudah terdedah kepada kecederaan.

"With Laurent we need to be calm with some moments in the training sessions because we are pushing him to play a lot of matches after his big injury," Emery told BBC Match of the Day.

Jelas Emery lagi:

"Jadi mungkin dia memerlukan masa untuk tidak bermain, tetapi kami mempunyai pemain lain dengan komitmen besar untuk bermain dalam posisi yang berbeza hari ini, Stephan Lichtsteiner.

"Laurent berkata dia tidak dapat bermain untuk perlawanan itu tetapi sekarang kami mempunyai satu minggu untuk berehat sebelum perlawanan seterusnya (berkunjung ke West Ham bagi saingan Liga Perdana) dan berharap dia akan baik-baik saja."

Semoga The Kapitan segera sembuh dan segera kembali beraksi membantu The Gunners.

#COYG


Kapitan - Kapitan is the German word for Captain. It is also a shortened version of several ranks in the German navy, ranging from Korvettenkapitän to Kapitän zur See. The general meaning is equivalent to Captain. Wikipedia

Post a Comment

Previous Post Next Post