Koscielny mengalami kecederaan saat akhir ketika Arsenal sedia menentang Blackpool.

ARSENAL berjaya mara ke peringkat keempat ataupun pusingan keempat selepas menundukan Blackpool 3-0 awal pagi tadi dalam saingan Piala FA.



Sebelum perlawanan bermula, Arsenal telah mengumumkan senarai pemain yang bakal beraksi menentang The Tangerines.

Senarai pemain yang diumumkan sejam sebelum perlawanan dimulakan.
Dan Laurent Koscielny berada dalam senarai permulaan pemain, kesebelasan utama namun akhirnya terpaksa digugurkan ekoran kecederaan yang dihadapinya disaat akhir sebelum perlawanan bermula.

Beliau dikatakan mengalami kesakitan (kecederaan) pada tulang belakang menyebabkan Emery menggantikan beliau dengan Carl Jenkison.

Kecederaan yang dialami Koscielny itu, memaksa Emery melakukan sedikit perubahan posisi pada barisan pertahanan dengan Lichtsteiner beraksi pada pertahanan tengah (mengambil alih posisi Koscielny) bergandingan bersama Sokratis.

Barisan kesebelasan Arsenal dan Blackpool



Perkembangan itu turut menyaksikan krisis pertahanan The Gunners kembali meruncing selepas Rob Holding terlepas baki musim ini dengan kecederaan ACL, Shkodran Mustafi, Hector Bellerin dan Nacho Monreal juga masih mengalami kecederaan.

Kapten The Gunners, Koscielny kembali beraksi pada bulan lalu selepas berehat panjang ekoran kecederaan - tendon Achilles dan telah membuat empat penampilan liga untuk menjadikan lapan penampilan secara keseluruhan musim ini.

Semoga Kapten Kos cepat sembuh dan segera kembali beraksi. #COYG

Aksi-aksi sekitar perlawanan malam tadi.
Percubaan awal Blackpool
Gol pertama Arsenal - Joe Willock
Gol kedua Arsenal - Joe Willock
Gol ketika Arsenal - Alex Iwobi

Post a Comment

Previous Post Next Post