Arsenal bakal 'di Sepanyol kan'.

SUATU ketika dahulu Arsenal begitu 'Perancis' apabila bekas pengurus pasukan, Arsene Wenger membawa pemain dari negaranya sendiri bagi  memenuhi kehendak taktikal dan teknikal beliau dalam memperkuatkan The Gunners.


Tindakan tersebut nyata berhasil apabila berjaya membawa kelab Utara London itu dengan beberapa siri kejayaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (domestik).

Namun sebelum itu, pada musim pertama Liga Perdana Inggeris diperkenalkan, Arsenal dibawah kendalian George Graham hanya memiliki 13.8% pemain luar (bukan pemain Inggeris).

Peta negara England.
Jumlah (peratusan) itu adalah bersamaan dengan empat pemain luar daripada jumlah keseluruhan skuad utama Arsenal, seramai 29 pemain.

Untuk rekod, George Graham merupakan bekas pemain Arsenal kelahiran Scotland (sebahagian negara yang membentuk United Kingdom).

Dan pengendali The Gunners itu menggunakan hampir keseluruhan pemain berstatus warganegara England ataupun British di dalam skuad beliau.

Negara yang membentuk United Kingdom (UK)


Skuad Arsenal musim 1992/1993 - musim pertama Liga Perdana Inggeris diperkenalkan.
Posisi Warganegara Nama
GK ENG David Seaman
GK ENG Alan Miller
DF ENG Nigel Winterburn
DF ENG Lee Dixon
DF ENG Tony Adams
DF ENG Steve Bould
DF ENG Andy Linighan
DF IRE David O'Leary
DF ENG Colin Pates
DF ENG Martin Keown
DF NIR Steve Morrow
DF NOR Pål Lydersen
DF SCO Scott Marshall
DF ENG Gavin McGowan
MF ENG David Hillier
MF SWE Anders Limpar
MF ENG Paul Davis
MF ENG Perry Groves
MF ENG Ray Parlour
MF ENG Jimmy Carter
MF DEN John Jensen
MF ENG Ian Selley
MF ENG Mark Flatts
MF ENG Neil Heaney
MF ENG Paul Merson
FW ENG Ian Wright
FW ENG Kevin Campbell
FW ENG Alan Smith
FW SCO Paul Dickov

Memasuki musim terakhir George Graham mengendalikan Arsenal sebelum digantikan dengan Stewart Houston (caretaker - bermula 22 Feb), beliau masih mengekalkan peratusan yang sama mengenai jumlah pemain luar apabila hanya mengekalkan empat pemain luar dari United Kingdom.

Berikut adalah senarai 32 pemain yang dikendalikan oleh Graham dalam musim terakhirnya bersama The Gunner.

Bil. Warganegara Position Player Bil. Warganegara Position Player
1 England GK David Seaman 17 Denmark MF John Jensen
2 England DF Lee Dixon 18 England DF David Hillier
3 England DF Nigel Winterburn 19 England MF Jimmy Carter
4 England MF Paul Davis 20 England MF Steve Morrow
5 England DF Andy Linighan 21 England MF Ian Selley
6 England DF Tony Adams 22 England MF Ray Parlour
7 England FW Kevin Campbell 23 Scotland FW Paul Dickov
8 England FW Ian Wright 24 England MF Mark Flatts
9 England FW Alan Smith 25 England GK Lee Harper
10 England MF Paul Merson 26 Scotland DF Scott Marshall
11 Republic of Ireland MF Eddie McGoldrick 27 England MF Paul Shaw
12 England DF Steve Bould 28 England MF Stephen Hughes
13 England GK Vince Bartram 29 England MF Adrian Clarke
14 England DF Martin Keown 30 England FW Chris Kiwomya
15 Sweden MF Stefan Schwarz 31 Belanda MF Glenn Helder
16 Wales FW John Hartson 32 England DF Gavin McGowan
Skuad Arsenal musim 1994/95

Dan rekod penggunaan pemain-pemain England - British - UK diteruskan oleh penggendali seterusnya Arsenal seperti berikut sehingga kedatangan Arsene Wenger.

Musim Pengurus Warganegara pemain UK pemain luar
1992/1993 George Graham Scotland 25 4
1993/1994 George Graham Scotland 24 3
1994/1995 George Graham
Stewart Houston - Caretaker
Scotland 28 4
1995/1996 Bruce Rioch Scotland 31 5
1996/1997 Stewart Houston (caretaker sehingga 12 September)
Pat Rice (caretaker sehingga 30 September)
Arsene Wenger
Scotland
Ireland Utara
Perancis
31 5

Kedatangan Wenger pada musim pertama dimulakan dengan kemasukan dua pemain Perancis terlebih dahulu sebelum beliau sendiri menyertai Arsenal.

Dan pada musim pertama, Wenger telah membawa masuk tiga pemain Perancis daripada lima pemain yang ditandatangani musim tersebut.

Pemain dibawa masuk ke Arsenal musim 1996/97
Bil. Posisi Pemain Warganegara Dari Kelab Yuran Perpindahan Tarikh
1 DF Valur Gíslason Iceland KR Reykjavík Tidak didedahkan 16 Julai 1996
2 GK John Lukic England Leeds United Percuma 26 Julai 1996
3 DF Rémi Garde Perancis RC Strasbourg Percuma 14 Ogos 1996
4 MF Patrick Vieira Perancis AC Milan £3,500,000 14 Ogos 1996
5 FW Nicolas Anelka Perancis Paris Saint-Germain Tidak didedahkan 22 Februari 1997

Musim kedua Wenger bersama Arsenal, beliau telah membawa dua lagi pemain Perancis kedalam skuad The Gunners menjadikan pemain Perancis pada musim itu seramai lima orang.

Bil. Posisi Pemain Warganegara Dari Kelab Yuran Perpindahan Tarikh
1 DF Matthew Upson England Luton Town £1.2 juta 10 Mei 1997
2 DF Gilles Grimandi Perancis Monaco £1.75 juta 4 Jun 1997
3 MF Luís Boa Morte Portugal Sporting CP £1.75 juta 14 Jun 1997
4 MF Alberto Méndez Jerman 1. SC Feucht £250,000 17 Jun 1997
5 MF Marc Overmars Belanda Ajax £7.0 juta 1 Julai 1997
6 MF Emmanuel Petit Perancis Monaco £3.5 juta 1 Julai 1997
7 GK Alex Manninger Austria Grazer AK £1.0 juta 3 Julai 1997
8 FW Christopher Wreh Liberia Monaco £300,000 7 Ogos 1997

Wenger, sebelum mengundurkan diri daripada Emirates telah menandatangani seramai 28 pemain Perancis dan tindakan bekas pengurus Arsenal itu mendapat pujian daripada media Perancis sehingga ke hari ini.

Namun kini perkara tersebut sangat berbeza dan Arsenal sekali lagi bakal mengharungi perubahan pada nadi pasukan di bawah kendalian Unai Emery.

Jika Wenger membawa 'Perancis' ke Arsenal, begitu juga dengan pengendali baharu The Gunners, Unai Emery yang bakal membawa 'Sepanyol' ke dalam Arsenal.

Pemahaman mengenai United Kingdom.



Selepas membawa masuk Denis Suarez, pemain tengah kelahiran Sepanyol ke Arsenal pada jendela perpindahan kedua musim ini, pengendali Arsenal, Unai Emery terus dikaitkan dengan orang Sepanyol.

Terbaru, Pengarah Sukan AS Roma, Ramon Rodriguez Verdejo atau lebih dikenali dengan panggilan Monchi bakal menyertai Arsenal.

Monchi kini kuat diperkatakan bakal menyertai Arsenal.
Pengarah Sukan Roma kelahiran Sepanyol itu dikatakan menjadi pilihan untuk menyertai Arsenal selepas mendapat 'sokongan' Raul Sanllehi dan Unai Emery, yang merupakan rakan senegara beliau.

Jika Arsenal benar-benar berjaya membawa Mochi, maka tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa langkah untuk men'Sepanyol'kan Arsenal bakal bermula dengan kelab kini dikuasai oleh tiga individu kelahiran negara tersebut.

Walaupun Suarez menyertai Arsenal secara pinjaman, namun dipercayai ianya bakal menjadi pemain tetap musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post