Arsene Wenger The Professor.

ARSENE WENGER merupakan pemegang rekod untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris paling banyak diuruskan dalam tempoh 22 tahun bersama Arsenal, bermula dari tahun 1996 sehingga 2018.


Pengendali kelahiran Perancis itu memulakan karier awalnya sebagai pengurus pasukan di negaranya sendiri apabila mengemudi pasukan remaja Strasbourg pada tahun 1981.

Kecemerlangan beliau mengendalikan pasukan remaja itu menarik minat pasukan Cannes yang beraksi dalam Ligue 2 dimana mereka telah bertindak mengambil beliau selaku penolong pengurus pasukan pada tahun 1983.

Sebelum menyertai kelab Ligue 1, AS Monaco pada tahun 1987, Wenger menyertai kelab Nancy selama dua musim, juga sebuah kelab di Perancis.

Dan sepanjang tempoh tersebut (sebelum menyertai Monaco), Wenger tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan bersama pasukan yang dibimbing beliau.

Namun, ianya berubah apabila menyertai Monaco dimana Wenger berjaya membawa pasukan itu menjuarai Kejuaraan Liga Perancis pada musim pertama beliau di Ligue 1 dan bersama kelab tersebut.

Wenger membawa AS Monaco menjuarai Ligue 1 pada musim 1987/88 yang merupakan musim pertama beliau bersama kelab Perancis itu.



REKOD MENGURUS PASUKAN

(slide ke kiri untuk pengguna mobile phone untuk melihat jadual penuh)
Kelab Negara Musim
bermula
Tarikh
dilantik
Musim
Berakhir
Tarikh
Tamat
Jawatan Perlawanan
Arsenal FC England 96/97 1 Okt 1996 17/18 30 Jun 2018 Pengurus 1212
Nagoya Grampus Jepun 94/95 1 Feb 1995 96/97 30 Sep 1996 Pengurus 88
AS Monaco Perancis 87/88 1 Jul 1987 94/95 17 Sep 1994 Pengurus 254
AS Nancy-Lorraine Perancis 84/85 1 Jul 1984 86/87 30 Jun 1987 Pengurus 114
AS Cannes Perancis 83/84 1 Julai 1983 84/85 30 Jun 1984 Pen.Pengurus Tiada Data
Racing Strasbourg U19 Perancis 81/82 1 Julai 1981 82/83 30 Jun 1982 Pengurus Tiada Data

Selepas memenangi Kejohanan Liga Perancis pada tahun 1988, beliau berpindah ke Jepun tujuh tahun kemudian untuk tempoh 18 bulan bersama Nagoya Grampus Eight.

Wenger sertai Nagoya Grampus pada 1 Feb 1995.
Bersama Nagoya Grampus, Wenger turut mencipta kejayaan pada musim pertama apabila merangkul kejuaraan Emperor's Cup dengan menewaskan Sanfrecce Hiroshima 3-0.

Arsene Wenger memenangi Emperor's Cup pada tahun 1995 sebagai pengurus Nagoya Grampus Eight yang merupakan musim pertama beliau menguruskan pasukan tersebut.
Satu lagi kejayaan di musim pertama beliau membimbing pasukan setelah mencipta kejayaan terlebih dahulu bersama Monaco.

Arsene Wenger sertai Arsenal pada 1 Okt 1996.
Selepas menyertai Arsenal, Wenger tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dengan corak bolasepak Inggeris dan membimbing The Gunners untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama beliau pada musim 1997/98.

Kejayaan itu juga merupakan satu lagi kejayaan di musim pertama (penuh satu musim) Wenger bersama pasukan baru dibimbing beliau selepas mencipta kejayaan serupa bersama Monaco dan Nagoya Grampus.

Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim pertama Arsene Wenger mengendalikan pasukan Utara London pada 1997/98.

Beliau mengulangi sekali lagi prestasi cemerlang itu pada musim 2001/02 sebelum membuat sejarah pada musim 2003/04 bersama skuad 'The Invincibles' yang tidak mengalami sebarang kekalahan sepanjang kempen liga, sekaligus dinobatkan selaku pemenang Kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan rekod tersendiri.

Satu-satunya trofi emas Kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Kejuaraan tersebut merupakan kejuaraan ketiga Arsene Wenger memenangi Kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan terakhir buat karier beliau bersama Arsenal (bagi Kejuaraan Liga).



Rekod Liga Perdana Inggeris
Perlawanan 828
Menang 476
Seri 199
Kalah 153
Jaringan gol 1,561
Bolos 807
Rekod Wenger sepanjang berada di Liga Perdana Inggeris

Namun pengendali kelahiran Perancis itu juga membawa The Gunners menjuarai tujuh kali Piala FA  yang merupakan terbanyak dimenangi oleh mana-mana pengurus pasukan dan Wenger telah dipilih sebagai Pengurus Tahunan Terbaik sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1998, 2002 dan 2004.

Wenger menjadi pengurus pasukan kedua paling lama berkhidmat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Sir Alex Ferguson yang bersara pada akhir musim 2012/13.

REKOD PENGURUS PALING LAMA EPL
(slide ke kiri untuk pengguna mobile phone untuk melihat jadual penuh)
# Nama Warganegara Kelab Dari Hingga Tempoh
(hari)
Musim
1 Alex Ferguson Scotland Manchester United 6 November 1986 1 Jun 2013 9704 1992–2013
2 Arsene Wenger Perancis Arsenal 1 Oktober 1996 13 Mei 2018 7894 1996–2018
3 Brian Clough England Nottingham Forest 6 Januari 1975 8 Mei 1993 6697 1992–1993
4 Alan Curbishley England Charlton Athletic 24 Julai 1991 8 Mei 2006 5402 1998–1999
5 Joe Royle England Oldham Athletic 14 Julai 1982 10 November 1994 4502 1992–1994
6 David Moyes Scotland Everton 15 Mac 2002 1 Jun 2013 4096 2002–2013


Pun begitu, Wenger telah mencatatkan rekod sebagai pengurus paling banyak menguruskan perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris apabila melepasi rekod Fuergusan pada kempen terakhir beliau di musim 2017/18.

# Nama Jumlah Perlawanan Kelab
1 Arsene Wenger 828 Arsenal (828)
2 Alex Ferguson 810 Manchester United (810)
3 Harry Redknapp 639 West Ham United (269),
Portsmouth (157),
Tottenham Hotspur (144),
Queens Park Rangers (71),
Southampton (22)
4 David Moyes 526 Everton (427),
Sunderland (38),
Manchester United (34),
West Ham United (27)
5 Sam Allardyce 512 Bolton Wanderers (226),
West Ham United (114),
Blackburn Rovers (76),
Sunderland (30),
Everton (24),
Newcastle United (21),
Crystal Palace (21

Pada 20 April 2018, beliau mengumumkan bahawa beliau akan mengakhiri tugasan selaku pengurus The Gunners pada akhir musim (2017/18).

Suka duka Arsene Wenger selama 22 tahun bersama Arsenal.
Sepanjang tempoh 22 tahun Wenger bersama Arsenal, beliau telah memenangi 17 trofi domestik menjadikan 43 trofi secara keseluruhan buat The Gunners ( 13 Juara EPL, 13 Juara Piala FA, 15 Juara Perisai Komuniti, 2 Piala Liga dan satu Winner Cup Winner serta satu Piala Messe).

# Kejuaraan Musim Jumlah
1 Premier League 1997–98
2001–02
2003–04
3
2 FA Cup 1997–98
2001–02
2002–03
2004–05
2013–14
2014–15
2016–17
7
3 FA Charity/
Community Shield
1998
1999
2002
2004
2014
2015
2017
7
JUMLAH 17



Agak menyedihkan dimana Wenger meninggalkan Emirates (bersara) tanpa sebarang kejuaraan (trofi) di musim terakhir beliau (2017/18) dengan Piala Perisai Komuniti merupakan trofi terakhir dimenangi beliau bersama Arsenal (6 Ogos 2017).

Kejuaraan terakhir Wenger bersama Arsenal - Piala Perisai Komuniti pada 2017 dengan menewaskan Chelsea.
The Gunners akhirnya memilih bekas pengendali PSG, Unai Emery selaku pengganti Wenger pada Mei 2018 bagi membimbing skuad peninggalan pengendali Perancis itu.

Emery dipilih sebagai pengganti Wenger pada 23 Mei 2018.
Sehingga kini, Wenger masih belum mengumumkan pasukan manakah yang menjadi pilihan beliau walaupun dikaitkan dengan beberapa pasukan besar termasuklah pasukan kebangsaan setelah memberi bayangan bakal kembali menjadi pengurus bermula tahun 2019.

Antara petikan kata-kata Wenger.
Dan menariknya kisah Wenger ini adalah di mana beliau semenjak menyertai AS Monaco, pada musim pertama beliau bersama setiap pasukan baru, beliau berjaya menghadirkan kejayaan kepada pasukan tersebut.



Antara bintang ternama yang pernah menerima bimbingan Arsene Wenger adalah lagenda Jerman dan juga lagenda Spurs, Jurgen Klinsman pada  tahun 1992 sehingga 1994 bersama Monaco.
Terima Kasih Arsene Wenger!

Post a Comment

Previous Post Next Post