Antonio Valencia jadi buruan West Ham dan Arsenal

PERTAHANAN kanan Manchester United, Valencia hampir pasti akan meninggalkan pasukan itu pada musim ini.



Dan dua pasukan Inggeris, Arsenal dan West Ham dikatakan berminat untuk mendapatkan beliau secara percuma.

Pertahanan kelahiran Ecuador itu bakal menamatkan kontrak pada penghujung musim ini dan menurut sumber, beliau tidak akan memperbaharui kontrak bersama pasukan tersebut serta tiada rundingan pembaharuan oleh pihak The Red Devils.

Menurut laporan El Universal di Amerika Selatan, bapa kepada pemain pertahanan berusia 33 tahun itu, Luis Valencia telah menjelaskan bahawa semuanya telah berakhir di Old Traford

Sepanjang (hampir) 10 tahun bersama United, pemain tersebut yang menyertai kelab itu dari Wigan Athletic pada tahun 2009, telah memiliki beberapa kejuaraan utama domestik serta memenangi Liga Europa pada 2016-17.



Valencia dipetik sebagai berkata: "Dia pasti tidak akan kekal di Manchester. Dia mahu mengubah angin dan kelab juga tidak akan memperbaharuinya (kontrak). Seperti dalam kehidupan, semuanya pasti berakhir. "

Arsenal dan West Ham sebelum ini dikaitkan dengan langkah untuk mendapatkan pemain itu, dan bapa pemain tersebut gembira untuk mengesahkan minat daripada kelab tersebut dan beberapa kelab lain.

Ketika ditanya mengenai destinasi berpotensi untuk anaknya itu, Luis Valencia berkata: "Arsenal, West Ham, Inter Milan dan satu dari China merupakan antara pilihan, tetapi dalam bolasepak apa-apa boleh terjadi."

Beliau turut menjelaskan bahawa anaknya itu mempunyai keinginan yang sangat jelas mengenai apa yang diinginkan dari perjanjian baru dengan menjelaskan: "Dia mahu memilih pilihan terbaik selain mahu menandatangani kontrak selama dua tahun. Bukan untuk wang semata-mata, tetapi untuk ketenangan dan mudah-mudahan, dia memberitahu saya, akan ditandatangi oleh sebuah pasukan yang menawarkan perkara tersebut. "

Adakah Arsenal benar-benar memerlukan pertahanan berusia (tua)?

Ketika ini The Gunners memiliki Hector BellerinCarl JenkinsonStephan Lichtsteiner dan Ainsley Maitland-Niles yang mampu beraksi pada pertahanan kanan.

Bagaimanapun Lichtsteiner, 35 tahun akan menamatkan kontrak beliau di Emirates pada penghujung musim ini dan adakah Valencia merupakan pemain yang akan menggantikan beliau (selaku pemain backup)?

Post a Comment

Previous Post Next Post