Arsenal perlu bertindak pantas jika tidak mahu terlepas pemain muda Brazil.

DALAM beberapa minggu kebelakangan ini, berita mengenai dakwaan dari Brazil yang mengatakan Arsenal mengikuti pemain Ituana, Gabriel Martinelli begitu kuat diperkatakan.



Siapa dia Gabriel Martinelli?

Pemain muda berusia 17 tahun dan beraksi untuk kelab kecil di Brazil, Ituana dan beraksi pada posisi penyerang, pernah menjalani sesi percubaan bersama Manchester United dan Barcelona pada satu ketika (sekitar tahun 2015).

Walaupun gagal memikat pihak pengurusan kelab ternama Eropah ketika itu, namun kini beliau telah berjaya membuktikan bahawa beliau sememangnya sudah bersedia dan mempunyai kualiti untuk menjadi seorang pemain bintang.

Martinelli telah menunjukkan keupayaan beliau menjaringkan gol yang hebat dan bukan itu sahaja, malahan terbukti menjadi pemain penyerang lengkap, dengan kelajuan yang baik serta kemahiran untuk beraksi pada bahagian sayap juga.

Kenapa begitu murah?


Dengan laporan UOL mengatakan bahawa Martinelli boleh ditandatangani Arsenal pada nilai €8 juta (RM 37.14juta), kenapa ianya begitu murah?



Sebab utama adalah kerana beliau bermain untuk kelab kecil. Walaupun Martinelli pernah bermain untuk Corinthians (sebuah kelab ternama Brazil) dari tahun 2010 sehingga 2014, namun Martinelli sekadar beraksi untuk akademi sahaja sebelum berpindah ke Itu bersama keluarganya.

Dan semenjak itu (2015), beliau telah bersama Ituano sehingga kini.

Ituano kini beraksi dalam Divisyen Keempat Brazil, namun ianya tidak menghalang pemain muda itu untuk mendapat perhatian ketika ini.

Martinelli menjadi tarikan utama dalam beberapa bulan terkini setelah beraksi cemerlang pada kejohanan Copa Sao Paulo de Futebol Junior pada awal Januari tahun ini.

Ituano FC yang ditubuhkan pada May 24, 1947  di Sao Paulo.
Kejohanan tersebut merupakan kejohanan terbesar bagi pemain U20 di Brazil dan beliau pada kejohanan tersebut itu beraksi dengan cukup cemerlang apabila menjaringkan enam gol dalam empat perlawanan, yang seterusnya menarik minat beberapa kelab, termasuklah Arsenal.

Dan dari Januari hingga April, sebelum liga bermula, terdapat Kejohanan Negeri di Brazil yang mana ianya adalah peluang terbaik untuk kelab kecil menghadapi cabaran besar (saingan sengit).



Dengan Ituano terletak di negeri Sao Paulo, mereka dapat bersaing dengan kelab-kelab ternama yang hebat seperti Corinthians, Palmeiras, Santos dan Sao Paulo.

Martinelli sekali lagi memberikan persembahan menakjubkan di kalangan pemain-pemain muda yang mewakili kelab-kelab ternama itu dimana beliau sentiasa berada dalam permulaan Ituano dan menjaringkan empat gol dalam sepuluh perlawanan.

Jumlah jaringan itu merupakan sesuatu yang menakjubkan untuk pemain muda dari sebuah kelab kecil yang bersaing bersama pasukan besar.

Kejohanan Negeri akan berakhir tidak lama lagi dan kemungkinan besar bahawa Martinelli tidak akan kekal bersama Ituano bagi beraksi dalam  Divisyen Keempat untuk keseluruhan musim.

Persaingan tempatan (Brazil) yang dihadapi Ituano tidaklah begitu mencabar jika dibandingkan dengan kelab Eropah dan jika Martinelli tidak menyertai mana-mana kelab Eropah tahun ini, kemungkinan besar beliau akan menandatangani dengan kelab besar tempatan.

Ketika itu, nilai pemain itu sudah pasti akan meningkat naik dan menjadi lebih mahal daripada harga pasaran terkini.

Jadi sekiranya Arsenal benar-benar mahu menandatanganinya, ianya haruslah dilakukan pada masa terdekat, membuat tawaran awal yang begitu penting bagi menandatanganinya pada harga yang murah.

Post a Comment

Previous Post Next Post