Arsene Wenger bakal muncul di Stadium Emirates bagi memberi sokongan kepada The Gunners.

BEKAS pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengatakan bahawa beliau akan menyokong The Gunners dalam perlawanan Liga Europa menentang Napoli.



Arsenal melantik Unai Emery sebagai jurulatih baharu mereka pada Mei tahun lalu selepas Arsene Wenger membuat keputusan untuk melepaskan jawatan pengurus pasukan The Gunners.

Sebelum itu, Wenger telah menghabiskan dua dekad di Arsenal dengan mencipta beberapa kejayaan Liga Perdana Inggeris selain meletakkan kelab berada di kalangan kelab elit, baik diperingkat domestik mahupun di peringkat Eropah.

Dengan perlantikan Emery sebagai pengganti Wenger, harapan besar diletakkan kepada pengendali Sepanyol itu supaya dapat mengembalikan kegemilangan yang pernah dikecapi dahulu.


Kenyataan Wenger sebelum ini mengatakan bahawa beliau tidak akan mengendalikan mana-mana pasukan Liga Perdana Inggeris kerana rasa cinta dan sayangnya terhadap pasukan serta beliau turut mengatakan bahawa akan sentiasa memberi sokongan kepada Arsenal.

Above all I am like you, I am an Arsenal fan.

Namun beliau setakat ini, masih gagal untuk muncul di Stadium Emirates bagi memberi sokongan ataupun menyaksikan perlawanan The Gunners semenjak meninggalkan kelab yang pernah dibangunkan beliau itu.



Dan menjelang pertembungan di antara Arsenal menentang Napoli dalam saingan Liga Europa, Wenger telah mengatakan bahawa beliau akan menyokong The Gunners pada perlawanan tersebut sebagaimana dilaporkan Napoli 24.

Arsenal bakal menentang Napoli di Stadium Emirate pada 12 April 2019.
Laporan itu juga mengatakan bahawa beliau tidak akan mencampuri urusan pengendali Arsenal, Emery dalam melakukan persediaan dan persiapan bagi menghadapi perlawanan tersebut.

"Saya akan menjadi peminat Arsenal pada malam perlawanan menentang Napoli seperti dalam semua persaingan lain. Saya tidak mahu memberikan nasihat kepada Emery." jelas Wenger kepada Napoli 24.

"Saya suka Carlo Ancelotti, salah seorang pakar terbaik dalam teknikal sepanjang masa, pakar sebenar dalam cara dia bekerja bersama pasukannya, tetapi Arsenal adalah pasukan yang hebat dan untuk Napoli ia akan menjadi sangat sukar."


Peminat Arsenal tentu berharap untuk melihat Arsene Wenger menghadiri perlawanan Liga Europa ketika menentang Napoli di Stadium Emirates kerana beliau tidak pernah berada di stadium semenjak meninggalkan kelab pada Mei tahun lepas.

Wenger juga dilihat berada London beberapa hari lalu dan kemungkinan besar beliau akan menyaksikan beberapa perlawanan di Emirates dalam masa terdekat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post