Nacho Monreal dedahkan mengapa Mesut Ozil perlu ada dalam permulaan perlawanan.

MESUT OZIL telah memenangi tiga Piala FA sepanjang tempoh lima tahun di Arsenal namun beliau pada musim ini mempunyai peluang beraksi yang sangat terhad.



Walau bagaimanapun, Nacho Monreal mengingatkan kita semua betapa pentingnya pemain antarabangsa Jerman itu untuk sentiasa berada dalam permulaan perlawanan Arsenal.

Mesut Ozil telah lima tahun bersama The Gunners dan sepanjang tempoh tersebut, beliau menjadi pemain pilihan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan hampir setiap perlawanan.

Namun segalanya berubah pada musim ini apabila khidmat beliau tidak lagi menjadi pilihan utama pengendali baharu Arsenal, Unai Emery dan menyebabkan prestasi beliau ketika ini begitu tenggelam.

Tindakan tersebut menyebabkan sebilangan peminat The Gunners mula mempertikaikan apa yang dilakukan Emery terhadap Ozil.

Kebanyakan mereka percaya bahawa pemain antarabangsa Jerman itu mampu memberikan sesuatu terhadap pasukan selain percaya bahawa Ozil merupakan seorang pemain yang berharga yang harus bermain dalam kebanyakan perlawanan.


Semenjak Emery mengambil alih tugas selaku pengendali pasukan daripada Arsene Wenger, Ozil seringkali ditinggalkan (tidak disenaraikan) dalam senarai (skuad) 18 pemain kerana pengendali Arsenal itu tidak mempercayai serta merasakan Ozil tidak begitu sesuai dalam taktikal serta teknikal beliau.

Namun bintang Arsenal, Nacho Monreal bagaimanapun memuji Mesut Ozil dan mendakwa bahawa kehadiran pemain antarabangsa Jerman itu dalam setiap perlawanan membantu mereka untuk mencatat kemenangan kerana ianya pasti menghadirkan gerun terhadap pihak lawan, kerana Ozil adalah seorang pemain bolasepak terkemuka yang dikenali umum, terutamanya kemampuan yang dimilikinya.

Dia sangat penting buat kami dan dia seorang pemain berkualiti. Dia banyak membantu kami dengan bantuan gol (assist) dan menjaringkan gol” jelas Nacho Monreal sebagaimana dipetik dari laman Arsenal.com.

"Apabila pasukan lain melihatnya di padang, mereka berkata, 'Oh Mesut ada di sini, kita perlu berhati-hati', jelas dia pemain penting."

Prestasi yang ditunjukkan Ozil amat mengagumkan semenjak beliau menyertai Arsenal pada tahun 2013 namun dalam dua tahun terkini, prestasi beliau dilihat semakin menurun.

Pelbagai spekulasi timbul berhubung prestasi tidak menentu Ozil ketika ini dengan ada yang beranggapan bahawa faktor usia memainkan peranan penting buat beliau untuk bermain pada tahap maksimum, selain ada juga yang mengatakan bahawa beliau telah kehilangan motivasi selepas menandatangani kontrak mewah tahun lalu.



Seperti yang dinyatakan oleh Nacho Monreal, dapat dilihat dengan jelas bahawa pemain Arsenal berada di sisi Mesut Ozil ketika situasi tidak menentu yang dihadapi pemain Jerman itu dengan Unai Emery.

Pun begitu, ianya juga amat menarik untuk melihat masa depan bintang Jerman itu bersama Arsenal musim depan.

Adakah beliau akan dilepaskan pada jendela perpindahan musim panas nanti?

Ini kerana, sebelum ini (pada jendela perpindahan Januari) rumors mengenai perpindahan beliau begitu kuat dikatakan, dengan kelab bersedia untuk melepaskan (menjual) bagi mengurangkan bebanan kewangan.

Monreal mengakui Arsenal bertuah kerana memiliki dua pemain pertahanan yang mampu mengisi kekosongan beliau.
Selain itu, Nacho Monreal turut mendedahkan bahawa beliau mengakui prestasi dirinya menurun musim ini selepas mengalami kecederaan yang menyebabkan terlepas beberapa perlawanan.

Namun beliau berjaya menemui kembali rentak permainan dan gembira untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan mahupun ketika menjalani latihan.

Post a Comment

Previous Post Next Post