Unai Emery seorang pengurus yang istimewa namun gagal mengawal ego besar.

SEBELUM menyertai Arsenal, Unai Emery telah mengendalikan enam buah kelab di Eropah termasuklah sebuah kelab ternama di Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).



23 Mei 2018 merupakan tarikh keramat dimana beliau telah dilantik menjadi pengganti kepada Arsene Wenger untuk mengemudikan pasukan terhebat London setelah meninggalkan PSG.

Emery, mencipta kejutan bersama Sevilla apabila membawa kelab tersebut menjuarai Liga Europa secara hat-trick (tiga tahun berturut-turut) dan kehebatan beliau itu menyebabkan gergasi Perancis, PSG melantik beliau selaku Ketua Jurulatih pasukan pada tahun 2016.

Bil. Kelab Mula Tamat Kejayaan
1 Lorca Deportiva 6 Januari 2005 22 Jun 2006 -
2 Almería 22 Jun 2006 22 Mei 2008 -
3 Valencia 22 Mei 2008 14 Mei 2012 -
4 Spartak Moscow 14 Mei 2012 25 November 2012 -
5 Sevilla 14 Januari 2013 12 Jun 2016 UEFA Europa League:
2013–14
2014–15
2015–16
6 Paris Saint-Germain 28 Jun 2016 14 Mei 2018 Ligue 1: 2017–18
Coupe de France: 2016–17, 2017–18
Coupe de la Ligue: 2016–17, 2017–18
Trophée des Champions: 2016, 2017
7 Arsenal 23 Mei 2018 Terkini

Walaupun tanpa dibarisi dengan pemain yang mempunyai nama besar, beliau tetap berjaya membawa pasukan tersebut (Sevilla) menjuarai Liga Europa pada musim terakhir di Sepanyol sebelum berhijrah ke Perancis.

Bersama PSG, beliau telah dibekalkan dengan beberapa pemain yang mempunyai nama besar namun gagal memberikan kejayaan di peringkat Eropah.

Musim pertama Emery bersama PSG, beliau hanya mampu membawa pasukan itu ke pusingan 16 Liga Juara-Juara walaupun mempunyai Ángel Di MaríaThiago SilvaJulian Draxler dan Edinson Cavani.

Bil. Pemain Bil. Pemain
1 Kevin Trapp 14 Gonçalo Guedes
2 Thiago Silva (captain) 15 Alphonse Areola
3 Presnel Kimpembe 16 Maxwell
4 Grzegorz Krychowiak 17 Giovani Lo Celso
5 Marquinhos 18 Serge Aurier
6 Marco Verratti 19 Layvin Kurzawa
7 Lucas Moura 20 Hatem Ben Arfa
8 Thiago Motta (vice-captain) 21 Julian Draxler
9 Edinson Cavani 22 Christopher Nkunku
10 Javier Pastore 23 Adrien Rabiot
11 Ángel Di María 24 Jean-Kévin Augustin
12 Thomas Meunier 25 Rémy Descamps
13 Blaise Matuidi

Dan musim kedua, beliau masih kekal dengan prestasi sebelum ini apabila sekali lagi hanya berjaya membawa PSG ke pusingan 16 Liga Juara-Juara.



Lebih mengeruhkan suasana, beliau pada musim kedua bersama PSG telah dibekalkan dengan suntikan tambahan apabila kelab telah membawa masuk beberapa pemain ternama iaitu Dani Alves, Neymar dan Kylian Mbappe.

Bil Pemain Bil Pemain
1 Kevin Trapp 12 Yuri Berchiche
2 Thiago Silva (captain) 13 Giovani Lo Celso
3 Presnel Kimpembe 14 Lassana Diarra
4 Marquinhos (3rd captain) 15 Layvin Kurzawa
5 Marco Verratti 16 Hatem Ben Arfa
6 Thiago Motta (vice-captain) 17 Julian Draxler
7 Edinson Cavani 18 Christopher Nkunku
8 Neymar 19 Adrien Rabiot
9 Ángel Di María 20 Javier Pastore
10 Thomas Meunier 21 Kylian Mbappé (on loan from Monaco)
11 Alphonse Areola 22 Dani Alves
23 Sébastien Cibois

Kegagalan Emery untuk membawa PSG lebih cemerlang di peringkat Eropah dikatakan berpunca daripada kegagalan beliau berkerjasama dan menangani pemain-pemain berstatus bintang yang mempunyai nama besar.

Dan ketika ini bersama Arsenal, beliau juga dikatakan menghadapi masalah dalam menangani pemain yang mempunyai nama besar, Mesut Ozil.

Menurut bekas pertahanan Real Madrid, Michel Salgado menyifatkan Emery adalah seorang pengurus yang sangat baik tetapi harus belajar bagaimana menangani pemain egois.

Michel Salgado turut pernah beraksi didalam kancah Liga Perdana Inggeris apabila menyarung jersi Blackburn pada tahun 2009 sehingga 2012.
Salgado memuji keupayaan rakan senegaranya itu untuk mendapatkan yang terbaik daripada pemain yang bekerja keras, namun beliau sedikit gusar mengenai Emery yang belum bersedia untuk mengendalikan pemain besar seperti Mesut Ozil, yang tidak selalu beraksi musim ini.



"Dia seorang pengurus istimewa seperti (Rafa) Benitez," katanya kepada Stadium Astro.

"Dia memerlukan skuad tanpa nama besar, tanpa ego besar. Dia tidak boleh mengendalikan ego besar.

"Dia memerlukan skuad yang berkerja sebagai satu pasukan, pemain yang dapat dibentuknya, pemain yang dapat dikembangkan, sehingga ia dapat masuk ke dalam sistemnya.

"Kalau dia mempunyai skuad yang besar dan pemain yang tepat untuk bekerja dengannya pada musim ini, dan mereka mengikutinya dan bersedia untuk itu, maka dia boleh mendapatkan keputusan seperti yang dilakukannya di Sevilla, memenangi tiga gelaran Liga Europa secara berturut-turut. Pemain sudah bersedia untuknya.

"Mereka adalah pemain yang hebat, tetapi tidak ada ego besar, tidak ada nama besar.

"Saya fikir dia perlu belajar bagaimana menangani ego. Dia masih belajar.

"Saya tahu di PSG ia sukar untuknya kerana mereka sangat ego.

"Saya rasa, di sini, skuad cukup bagus untuknya. (Mesut) Ozil boleh menjadi satu-satunya pemain yang istimewa.

"Ia adalah tugasnya untuk cuba membawanya masuk ke dalam sistem kerana dia memerlukannya.

"Pasukan seperti Arsenal perlu mempunyai pemain yang berbeza, pemain berbakat. Sudah tentu ianya adalah Ozil. "

Video perbincangan Salgado bersama Stadium Astro.

Post a Comment

Previous Post Next Post