Ian Wright puji Solskjaer 'lenyapkan' Ozil, jika dibiarkan bermaharajalela sudah tentu lebih merana.

DUA hari lalu, Arsenal berjaya menewaskan Manchester United dan Unai Emery menurunkan pemain kontroversi, Mesut Ozil pada permulaan perlawanan.



Kejayaan skuad kendalian Emery itu mendapat respon daripada lagenda kelab, Ian Wright yang meluahkan pandangan dan perasaan beliau melalui laman youtube peribadinya.

Wright mengakui bahawa Arsenal 'bernasib baik' kerana berjaya memenangi perlawanan tersebut disamping turut memuji pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer kerana berjaya membuatkan Mesut Ozil 'hilang' di Emirates.

Bercakap di saluran YouTube rasminya, Wright berkata: "Orang akan mengatakan ianya bernasib baik dan, ya, pada tahap tertentu saya fikir ianya benar."

"Mereka (United) terlepas beberapa peluang yang sangat baik tetapi, penjaga gol kami sangat menakjubkan hari ini dan saya tidak (selalu) memberikan dia (Leno) banyak kredit. Tetapi kredit perlu diberikan."

Video yang dikeluarkan oleh Wright.

Wright memuji Emery diatas pemilihan pasukan ultra-serangannya dan juga memuji Solskjaer kerana berjaya 'melenyapkan' Ozil dengan menukarkan pertahanan kepada tiga orang dipertengahan babak pertama.



"Harus memberikan kredit kepada pengurus kerana meletakkan pasukan yang sangat positif dan menyerang" kata Wright.

"Ianya hebat untuk melihat Auba, Laca, Ramsey dan Ozil bermain walaupun selepas beberapa ketika, disaat Ole Gunnar Solskjaer mula menyedari bahawa kami mengatasi mereka dan Ozil semakin banyak memegang bola, mereka menutupnya."

"Malangnya, Ozil hilang dari permainan."

Pendapat Wright yang memuji  pengendali United berjaya membuatkan Ozil 'hilang' pada perlawanan tersebut disokong dengan statistik yang dikeluarkan oleh Squawka.

Menurut statistik itu, Ozil merupakan pemain yang paling banyak menyumbang pada perlawanan tersebut dengan beliau merupakan pemain paling banyak mencipta peluang.

Tindakan Solskjaer berjaya 'mengunci' Ozil sudah tentu sesuatu yang patut dipuji, jika tidak, sudah pasti United bertambah derita jika dibiarkan pemain Jerman itu bermaharajalela.

Lihatlah pada statistik dibawah:


Post a Comment

Previous Post Next Post