Aubameyang sedia beraksi menentang Napoli pagi esok.

UNAI EMERY mengatakan bahawa Pierre-Emerick Aubameyang mungkin boleh beraksi dan memulakan perlawanan Arsenal menentang Napoli di  peringkat suku akhir Liga Europa, esok.



Kecederaan membatasi Aubameyang yang hanya bermula di bangku simpanan ketika kekalahan Arsenal dalam kempen Liga Perdana 1-0 di Everton minggu lalu.

Beliau muncul sebagai pengganti pada separuh masa kedua ketika prestasi buruk The Gunners ditempat lawan berterusan namun boleh kembali berada di kesebelasan utama pasukan bagi perlawanan menentang Napoli di Stadium Emirates.

"Dia mempunyai masalah kecil, dia telah mengambil antibiotik untuk penyakitnya," kata Emery kepada pemberita pada hari Rabu. 

"Untuk esok dia semakin baik dan boleh bermula."

Mengenai Laurent Koscielny dan Granit Xhaka, yang mana masing-masing pulih dari kecederaan kaki dan pangkal paha, Emery menambah: 

"Kami akan membuat keputusan esok."

Perlawanan menentang Everton minggu lalu turut menarik perhatian dengan tindakan Mesut Ozil yang membaling jaket ke arah Emery selepas pemain itu dikeluarkan, namun pengendali Arsenal itu memilih untuk tidak mengulas perkara tersebut secara terbuka.

"Tumpuan kami adalah perlawanan, mengambil keyakinan dan berada bersama, tenang ketika menerima keputusan buruk," kata Emery ketika ditanya tentang pemain perancang itu.

"Kami berada dalam keadaan yang baik tetapi setiap perlawanan sekarang akan menjadi sangat penting. Kami dengan sasaran kami, kami tahu ia akan menjadi sangat sukar. Perkara terbaik bagi kami adalah untuk kekal bersama dan kuat, tenang dengan tumpuan yang jelas. "

Arsenal bakal menentang Napoli pada peringkat suku akhir dan perlawanan pertama esok (jam 3 pagi waktu Malaysia) bakal menguji kekuatan Emery menghadapi Carlo Ancelotti.

"Saya fikir ia 50-50. Napoli mempunyai sejarah besar seperti kami, mereka berada di tangga kedua," kata Emery mengenai pasukan Serie A itu.

"Mereka bermain dengan baik, mereka datang dari kumpulan yang kuat di Liga Juara-Juara, mereka sangat kompetitif, sukar untuk kami tetapi kami mempunyai keyakinan.

"Saya sangat menghormati setiap jurulatih. Ancelotti berada paling atas. Karier beliau sangat mengagumkan. Bagi saya, cabaran saya adalah setiap hari dan setiap tahun. Apa yang saya lakukan pada masa lalu hanyalah untuk mengambil pengalaman.  Saya perlu membina masa depan yang baru.

"Perlawanan ini adalah perlawanan besar di peringkat yang kami mahu mainkan. Ini merupakan ujian besar bagi kami. Kami mahu bermain menentang pasukan terbaik, Napoli adalah salah satu daripada mereka.

"Kami perlu konsisten setiap perlawanan, setiap perlawanan memberikan banyak maklumat. Keseimbangan kami semakin baik tetapi tidak mencukupi. kami perlu menang esok.

"Mereka mempunyai persembahan yang baik pada musim ini, kami perlu menjadi sangat kompetitif dalam tempoh 90 minit.

"Idea kami adalah untuk menang dan tidak melepaskan sebarang gol. Kami bersedia untuk masa tambahan atau penalti. Ia akan jadi perlawanan yang sangat menarik esok. "

Post a Comment

Previous Post Next Post