Aubameyang mesti bergandingan dengan Lacazette.

ARSENAL mesti mesti menurunkan gandingan Aubameyang dan Lacazette jika mahu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris dikalangan empat teratas.



Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kini semakin menghampiri ke penghujungnya dan Arsenal hanya tinggal enam sahaja baki perlawanan musim ini untuk diharungi.

Ketika ini, Arsenal menghuni tangga ke-5 liga dengan mengumpul 63 mata hasil 32 perlawanan, ketinggalan satu mata dibelakang seteru utama, Tottenham yang menghuni tangga ke-4 liga.

Kedudukan terkini Top 6 Liga Perdana Inggeris.
Tiga bulan lalu, Squawka mengeluarkan statistik dimana Arsenal sentiasa mencatatkan kemenangan apabila Auba dan Laca menjaringkan gol dalam perlawanan yang sama.
Pengendali Arsenal, Unai Emery semenjak mengambil alih tugas daripada Arsene Wenger gemar menggunakan seorang penyerang (penyerang tunggal) dalam formasi asas setiap perlawanan.

Setakat ini, Emery telah menggunakan 11 kali (dalam perlawanan) dengan formasi yang tidak menggunakan penyerang tunggal dalam saingan EPL.

Pun begitu, ianya tidak semestinya menggunakan formasi dua penyerang untuk menggandingkan mereka berdua.

Perlawanan Venue Lawan Formasi asas Keputusan
1 H Man City 4-2-3-1 0:2
2 A Chelsea 4-2-3-1 3:2
3 H West Ham 4-2-3-1 3:1
4 A Cardiff 4-2-3-1 2:3
5 A Newcastle 4-2-3-1 1:2
6 H Everton 4-2-3-1 2:0
7 H Watford 4-2-3-1 2:0
8 A Fulham 4-4-2 double 6 1:5
9 H Leicester 4-2-3-1 3:1
10 A Crystal Palace 4-2-3-1 2:2
11 H Liverpool 4-2-3-1 1:1
12 H Wolves 4-2-3-1 1:1
13 A Bournemouth 3-4-2-1 1:2
14 H Spurs 3-4-2-1 4:2
15 A Man Utd 3-4-2-1 2:2
16 H Huddersfield 3-5-2 flat 1:0
17 A Southampton 3-4-3 3:2
18 H Burnley 4-3-1-2 3:1
19 A Brighton 4-3-1-2 1:1
20 A Liverpool 4-2-3-1 5:1
21 H Fulham 3-4-3 4:1
22 A West Ham 3-4-3 1:0
23 H Chelsea 4-3-1-2 2:0
24 H Cardiff 4-3-1-2 2:1
25 A Man City 4-4-2 double 6 3:1
26 A Huddersfield 3-4-3 1:2
27 H Southampton 4-2-3-1 2:0
28 H Bournemouth 3-4-2-1 5:1
29 A Spurs 4-2-3-1 1:1
30 H Man Utd 3-4-1-2 2:0
31 A Wolves ditunda
32 H Newcastle 3-4-2-1 2:0
33 A Everton 3-4-2-1 1:0
34 A Watford
35 H Crystal Palace
36 A Leicester
37 H Brighton
38 A Burnley

Setakat ini, Auba telah beraksi sebanyak 12 kali pada bahagian sayap manakala Laca pula hanya kekal pada posisi penyerang untuk 31 penampilan yang dilakukan beliau dalam saingan EPL musim ini.

Rekod Aubameyang dalam saingan EPL 18/19
Posisi Penampilan Jaringan Bantuan gol
Centre-Forward 19 11 5
Left Winger 8 5 -
Right Winger 4 1 -
Jumlah 31 17 5
Rekod Laca dalam saingan EPL 18/19
Posisi Penampilan Jaringan Bantuan gol
Centre-Forward 31 13 9
Jumlah 31 13 9

Dan dua perlawanan sebelum ini, ketika The Gunner menentang Manchester United dan Rennes, Emery telah menggunakan formasi 3-4-1-2 yang menggandingkan Auba dan Laca dengan dibantu oleh Ozil pada bahagian tengah menyerang.

Hasilnya, mereka berjaya mencatatkan kemenangan selain mempamerkan aksi yang begitu bertenaga.

Namun itu cerita tiga bulan yang lalu, kini Arsenal bakal menghadapi enam perlawanan getir bagi menamatkan saingan musim ini, dikalangan empat teratas bagi menjamin tempat ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Pun begitu, Arsenal juga mampu melayakkan diri ke UCL seandainya mereka berjaya menjuarai saingan Liga Europa kali ini.

Dan berbalik kepada saingan EPL, melihatkan usaha The Gunners untuk menempatkan diri dikalangan empat teratas liga, penulis merasakan dimana mereka perlukan Pierre-Emerick Aubameyang untuk menyelesaikan tugas tersebut selain taktikal yang digunakan Emery.

Dua faktor ini (pada pendapat penulis) merupakan antara yang penting yang dihuraikan disini, melalui artikel ini.

Selain Auba yang merupakan penjaring terbanyak EPL untuk Arsenal, statistik jaringan yang dihasilkan beliau juga menarik, dimana peratusan beliau dalam menjaringkan gol (conversion rate) merupakan kedua tertinggi dikalangan  senarai penjaring terbanyak setakat ini.

Senarai Penjaring terbanyal EPL 2018/19
Player Goals Open-play
goals
Mins
per goal
Goals
per match
Conv. rate
Sergio Agüero 19 17 104.73 0.76 19.59%
Mohamed Salah 18 15 157.11 0.55 16.22%
Pierre-Emerick Aubameyang 17 14 134.18 0.55 22.37%
Harry Kane 17 13 142.76 0.61 16.67%
Sadio Mané 17 17 155.06 0.55 22.97
Eden Hazard 16 12 159.06 0.50 20.25%
Sumber : Premier League
Conversion Rate = Jumlah gol dijaringkan / jumlah percubaan

KEKUATAN
Dari perspektif taktikal, Aubameyang kadang-kala boleh menjadi faktor utama dalam kemenangan mahupun jaringan buat Arsenal kerana beliau mampu memberikan kelebihan dengan larian serta kelincahan yang ada pada beliau.

Inilah sebabnya mengapa beliau lebih sesuai untuk bermain pada bahagian sayap yang melangkah masuk ke tengah dan ke depan atau sebagai penyerang yang bergandingan bersama Alexandre Lacazette yang jelas terbukti keberkesanannya.

Sebagai penyerang tunggal tunggal, pemain berusia 29 tahun itu memiliki pergerakan dan mampu memberikan ancaman kepada pihak lawan, pun begitu beliau tetap memerlukan sokongan baik dari belakang mahupun depan.

Dan statistik menunjukan beliau lebih banyak menghasilkan bantuan gol jika Arsenal menggunakan dua pemain penyerang ataupun beliau mempunyai pasangan (penyerang).

Serta, statistik diatas juga menunjukkan bahawa beliau sememangnya sangat berbisa apabila berada di dalam kawasan gol pihak lawan apabila berjaya menyempurnakan 22.4% percubaan beliau (kedua terbaik dikalangan senarai penjaring terbanyak liga ketika ini).

KELEBIHAN BERGANDINGAN (DUA PENYERANG)
Peluang untuk tampil bergandingan (dua penyerang) amat terhad ketika ini dengan Emery lebih gemar untuk menggunakan seorang penyerang.

Pun begitu, rekod penampilan Aubameyang apabila berganding menunjukkan sesuatu yang menarik dan positif (boleh dikatakan sesuai dan berjaya).

Beliau mampu berada di sudut yang tidak sepatutnya berada ketika berada atau bermain sebagai penyerang tunggal dan mendapat manfaat daripada tindakan Lacazette yang mengucar kacir pertahanan lawan.

Jelas (berdasarkan statistik), pemain antarabangsa Gabon itu mempunyai peluang jaringan gol yang luar biasa apabila The Gunners turun beraksi dengan dua pemain penyerang.

Peratusan beliau menjaringkan gol apabila beraksi sebagai penyerang tunggal adalah sebanyak 44.44% berbanding 71.42% apabila bermula dengan dua penyerang.

Peranan Auba Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Bermula Penyerang tunggal 18 8 1
Dua penyerang 7 5 2
Sub Penyerang tunggal 1 0 0
Dua penyerang 3 4 1

TAKTIKAL DAN FORMASI EMERY
Dalam dua perlawanan bagi saingan EPL dan Europa, Unai Emery telah menggunakan formasi asas pada awal perlawanan dengan pembentukan 3-4-1-2 dan nyata ianya sangat berkesan apabila kemenangan berjaya dicatatkan ketika menentang Manchester United dan Rennes.

Formasi asas dan permulaan Arsenal menentang Man.United
Formasi itu selain menggunakan dua penyerang, ianya juga menggunakan pengaruh kreativiti Mesut Ozil di belakang Aubameyang dan Lacazette

Dan Emery dilihat telah menggunakan tiga pemain Arsenal yang paling berbakat pada posisi kegemaraan masing-masing (mereka bertiga) pada masa yang sama.

Formasi asas dan permulaan Arsenal menentang Rennes dalam saingan Europa.
Pun begitu, pengendali The Gunners itu juga dilihat tidak mengabaikan ataupun mengorbankan barisan pertahanan apabila kedua-dua perlawanan tersebut, Arsenal tidak melepaskan sebarang gol.

Arsenal 3-0 Rennes
Arsenal 2-0 Man.United

Emery telah menggunakan lapan formasi berbeza setakat ini dan formasi 3-4-1-2 dilihat paling sesuai dan efisien buat Arsenal.

Formasi asas itu juga mudah untuk ditukarkan ketika diatas padang apabila pengendali Arsenal itu mahu menukarkan daripada bermain dalam 4-3-1-2 ke 3-4-2-1 ataupun sebaliknya.

KESIMPULAN
Formasi dengan menurunkan ataupun menggunakan dua penyerang dengan pilihan terbaik 3-4-1-2 dan menggunakan Aubameyang bergandingan dengan Lacazette serta dibantu oleh perancang berbisa, Mesut Ozil dilihat terbaik ketika ini.

Ketiga-tiga pemain termahal yang pernah dibeli Arsenal, bermain diposisi kegemaran masing-masing dan bergandingan bersama-sama dalam satu perlawanan, sudah tentu menjanjikan sesuatu yang menarik bukan?

Bagaimana pula pendapat anda?

Post a Comment

Previous Post Next Post