B18 Arsenal, rekod perlawanan dalam saingan musim ini, setakat ini.

SKUAD Bawah 18 tahun (B18) Arsenal beraksi dalam saingan Liga Perdana B18 2018/19 Selatan.


Malam tadi, skuad kendalian Ken Gillard melakukan kejutan apabila bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk memenangi perlawanan menentang Spurs B18 dengan keputusan 3-2.


Berbaki lima minit untuk perlawanan ditamatkan, tiga gol berjaya dijaringkan melalui Bukayo Saka (min.85), Lyons-Foster (gol sendiri -min.87) dan Ben Cottrell (min.90).

Kemenangan itu menyaksikan Arsenal U18 kini selesa menduduki tangga teratas dengan mengumpul 54 mata meninggalkan musuh setempat, Spurs U18 ditangga kedua dengan perbezaan empat mata.

Namun, pasukan Spurs masih berbaki tiga perlawanan berbanding Arsenal yang berbaki dua perlawanan sahaja lagi untuk menamatkan saingan liga.

Ken Gillard, jurulatih pasukan belia (B18)
 Tugas berat juga menanti Ken Gillard dimana baki dua perlawanan itu bakal dimainkan ditempat lawan (menentang Reading dan Fulham).

Kedudukan carta U18 Premier League 2018/2019 South
Rank Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Arsenal 20 18 0 2 75 23 52 54
2 Tottenham Hotspur 19 16 2 1 73 20 53 50
3 Chelsea 18 11 4 3 34 17 17 37
4 Southampton 19 9 2 8 39 34 5 29
5 West Ham United 19 9 1 9 35 44 -9 28
6 Brighton and Hove Albion 19 8 1 10 33 36 -3 25
7 Aston Villa 19 8 1 10 38 42 -4 25
8 Fulham 19 6 6 7 33 36 -3 24
9 Leicester City 19 7 2 10 27 38 -11 23
10 Reading 19 5 1 13 19 43 -24 16
11 Norwich City 19 3 2 14 22 57 -35 11
12 Swansea City 19 2 2 15 12 50 -38 8

Sekiranya Arsenal U18 berjaya menjuarai Liga Selatan, mereka bakal bertemu juara Liga Utara bagi menentukan juara keseluruhan Liga Perdana B18.

Ketika ini,saingan Liga Perdana B18 Utara dipimpin oleh pasukan Derby Country, namun menerima saingan sengit daripada Liverpool yang berada ditangga kedua dengan 41 mata.

U18 Premier League 2018/2019 North
Rank Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Derby County 18 14 2 2 49 23 26 44
2 Liverpool 18 13 2 3 52 28 24 41
3 Manchester United 18 11 5 2 49 28 21 38
4 Everton 19 12 1 6 53 29 24 37
5 Middlesbrough 18 9 2 7 45 42 3 29
6 Stoke City 19 8 2 9 34 35 -1 26
7 Manchester City 15 4 6 5 36 24 12 18
8 Blackburn Rovers 17 5 3 9 31 44 -13 18
9 Newcastle United 19 3 4 12 14 51 -37 13
10 West Bromwich Albion 16 2 5 9 33 46 -13 11
11 Wolverhampton Wanderers 16 3 2 11 18 32 -14 11
12 Sunderland 17 1 6 10 15 47 -32 9


Rekod skuad B18 dalam saingan Piala FA dan Piala Liga

Bagi saingan Piala FA, skuad U18 Arsenal hanya mampu mara ke peringkat kelima setelah tewas 1-2 kepada West Brom U18.

Peringkat Venue lawan Keputusan
Pusingan ketiga H Northampton Town U18 2:0
Pusingan keempat H Tottenham Hotspur U18 5:2 AET
Pusingan kelima H West Bromwich Albion U18 1:2

Manakala bagi saingan Piala Liga pula, mereka sekadar menamatkan saingan diperingkat kumpulan.

Rank Team P M S K J +/- Mata
1 Everton 3 3 0 0 14:2 12 9
2 Arsenal 3 1 1 1 5:2 3 4
3 West Bromwich Albion 3 1 1 1 2:11 -9 4
4 Fulham 3 0 0 3 2:8 -6 0

Baki perlawanan Liga Perdana U18 Selatan:
Perlawanan Tarikh Waktu Lawan
20 6 April 2019 6.00pm Reading FC
22 27 April 2019 6.00pm Fulham FC
Waktu dan tarikh adalah mengikut waktu Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post