Empat perkara menarik berkaitan Arsenal dan Napoli diperingkat suku akhir kedua.

UNAI MERY merekodkan perlawanan ke-50 sebagai jurulatih Arsenal dengan kemenangan 1-0 ke atas Napoli awal pagi tadi yang seterusnya membawa The Gunners ke peringkat separuh akhir Liga Europa.



KLASIK ARSENAL 
Selepas 25 tahun, semenjak lagu versi Pet Shop Boys 'Go West' diadaptasikan dan disesuaikan oleh peminat Arsenal, ianya kembali dinyanyikan di Naples.

One-nil to the Arsenal’ dinyanyikan ketika The Gunners melangkah ke final Piala Pemenang Piala Eropah (European Cup Winners’ Cup) pada tahun 1994 merujuk kepada pertahanan pasukan, George Graham dan Ian Wright yang menjaringkan gol.

Pet Shop Boys 'Go West' versi peminat dan penyokong Arsenal 

Chant itu berada dikemuncaknya di Copenhagen ketika Alan Smith bertanggungjawab untuk 'satu' ketika menentang Parma

Walaupun chant ataupun lagu tersebut jarang didengari, namun ianya tidak pernah hilang dan menjadi satu kejutan apabila mendengarnya ketika 10 minit sebelum kick-off di San Paolo melalui sistem pembesar suara - PA.

Dan lagu tersebut dinyanyikan oleh penyokong Arsenal kira-kira 45 minit kemudian apabila para penyokong meraikan gol hasil daripada sepakan percuma Alex Lacazette.


LACA TIDAK XHAKA?
Bercakap tentang Lacazette, anda mungkin menjangkakan bahawa Granit Xhaka akan mengambil ataupun melakukan sepakan percuma dari jarak 25 meter itu dan meledakkan satu rembatan yang menjadi trademark beliau ke arah pintu gol Napoli. 

Xhaka telah banyak melakukan sepakan dengan gaya tersebut musim ini, ketika menentang Newcastle dan Crystal Palace yang dapat disahkan. 

Tetapi anda boleh tahu dengan sudut dimana Xhaka berada, jelas sekali bahawa ianya bakal dilakukan oleh Lacazette.


Cukup adil, kerana beliau mengambil tendangan tersebut setelah beliau mendapatkannya. Bagaimanapun, Laca berjaya dan Alex Meret (penjaga gol Napli) hanya terpana terkaku saat bola menerjah masuk menggegarkan jaring dibelakangnya. 

Satu jaringan yang menarik  dan mengagumkan dari Laca, dipenuhi dengan sentuhan yang bijak.

LOTTA E VINCI
Peminat-peminat Napoli, kebanyakannya berada di San Paolo, satu jam lebih awal sebelum kick-off dengan melakukan chant semasa pra-perlawanan mengeluarkan vokal padu mereka.



Tindakan mereka berjaya menenggelamkan suara-suara penyokong pelawat dengan laungan sorakan mereka dan mengejek para pemain Arsenal ketika mereka (pemain-pemain Arsenal) keluar untuk memanaskan badan... jelas bahawa mereka (penyokong Napoli) akan melakukan tugas mereka untuk mengganggu tumpuan pemain Arsenal.

Ketika pemain muncul untuk memulakan perlawanan, penyokong Napoli menaik dan memegang sepanduk tertera 'Lotta e vinci' - dengan kata lain, 'bertarung dan menang'.


Jurulatih Napoli, Carlo Ancelotti terkenal dengan 'keberanian dan keamatan' dalam pembentukan pasukan dan cuba untuk mengecewakan Arsenal.

Mereka sangat agresif dan menyerang, tetapi Arsenal menantikannya dan menjawab dengan cemerlang (keputusan perlawanan) apabila berjaya melangkah ke peringkat seterusnya (separuh akhir).
"Fight and win": this is the banner displayed by Curva A to load the Gli Azzurri before the kick-off of the Europa League match against Arsenal.
UNAI TAHU
Unai Emery kini telah memenangi 26 perlawanan dalam peringkat kalah mati Liga Europa, lebih banyak daripada mana-mana jurulatih lain. 


Dan beliau layak menerima kredit yang besar untuk pencapaian ini.

Emery menemui keseimbangan sempurna di antara bahagian pertahanan dan serangan, dengan mengekalkan penguasaan bahagian belakang tanpa melepaskan terlalu banyak  ruang kepada pihak lawan disamping mengekalkan ancaman serius kepada gawang lawan.


Lacazette dan Aubameyang tidak membiarkan pertahanan Napoli selesa pada perlawanan tersebut walaupun pasukan tuan rumah menguasai perlawanan.

Dan mereka berdua dibantu Kolasinac dan Ramsey dengan kehadiran mereka di sebelah kiri membentuk gandingan yang mantap di mana Kolasinac, Lacazette dan Ramsey mempunyai persefahaman yang baik. 

Kecemerlangan pengendali Arsenal, Unai Emery dalam saingan Liga Europa sekali lagi terbukti dan beliau mampu mencipta kejayaan seterusnya bersama Arsenal pada saingan ini.

Namun beliau terlebih dahulu perlu menewaskan pasukan lama beliau yang pernah dibimbingnya menjuarai kejohanan ini secara 'treble', Valencia sebelum membawa The Gunners ke pentas final.


SUMBER ASAL : ARSENAL di olah kembali oleh MYGOONERS

Post a Comment

Previous Post Next Post