Raul Sanllehi individu penting buat Arsenal untuk mendapatkan Eric dos Santos Rodrigues

ARSENAL dilaporkan masih berminat terhadap Eric dos Santos Rodrigues.



Bulan November tahun lalu, laporan mendakwa bahawa Arsenal berhasrat untuk mendapatkan 'wonderkid' Brazil, Ramires pada jendela perpindahan Januari lalu.

Dan turut dilaporkan bahawa pihak Arsenal telah menyaksikan ataupun menghantar scout sebanyak enam kali bagi menilai dan memantau pemain itu.

Pun begitu, ianya tidak pernah berlaku (perpindahan) dan terkini laporan Mirror (dua hari lepas) membangkitkan kembali isu perpindahan ini dengan mengatakan bahawa pemain tengah itu telah menjadi sasaran The Gunners semenjak Januari 2018.

Pada ketika itu, keadaan sangat berbeza di Arsenal berbanding ketika ini. Individu yang bertanggungjawab terhadap urusan perpindahan kelab tidak lagi berada di Emirates.

Dan kini, semuanya bergantung kepada Raul Sanllehi, sama ada beliau mampu memikat dan memujuk pemain tersebut ke London sebagaimana beliau mampu memujuk mendapatkan Neymar menyertai Barcelona.


"Ramires adalah seorang pemain yang berpotensi besar, mempunyai masa depan yang cerah," kata pengarah eksekutif kelab Bahia.

"Kami bercakap dengan Flamengo dan juga dengan pasukan lain.

"Terdapat juga minat dari luar negara, wakil-wakil pasukan kelab Eropah yang kembali dan separuh pergi menonton perlawanan bagi memerhatikannya."

Ramires, 18 tahun bermain untuk kelab Brazil, Bahia.

Kontrak Ramires bersama Bahia baru dilanjutkan dan bakal berakhir pada tahun 2022. Pemain ini membuat debutnya untuk kelab tersebut pada September 2018 dan kemudiannya menandatangani kontrak baru.

Menurut Sport Witness, prestasi pemain itu telah banyak menerima pujian semenjak itu, terutamanya ketika menghadapi tekanan dalam perlawanan besar.

Pun begitu, sama seperti Matteo Guendouzi, beliau memiliki bentuk fizikal yang kecil, sesuai dengan usianya ketika ini (18 tahun).

Dan menurut Sport Witness juga, dimana mereka telah bercakap dengan ejen pemain tersebut yang memberitahu mereka:

"Terdapat banyak perbincangan bukan sahaja Arsenal, tetapi dengan beberapa kelab di Brazil dan juga ada beberapa kelab di Eropah, tetapi tiada yang konkrit."

Eric dos Santos Rodrigues lebih dikenali sebagai Ramires dan pemain tersebut mendapat gelaran itu kerana wajahnya mirip dengan bekas pemain tengah Chelsea, Ramires Santos yang kini beraksi untuk kelab China, Jiangsu Suning.

Ramires Santos, bekas pemain Chelsea kelahiran Brazil.
Namun usaha Arsenal mungkin terhalang ekoran masalah permit kerja UK yang pasti menyukarkan pemain tersebut beraksi untuk The Gunners dan Atletico Madrid juga dikatakan berminat untuk mendapat pemain ini.

Dan sudah tentu ini memberi kelebihan kepada kelab Sepanyol itu berbanding Arsenal kerana urusan permit kerja yang diperlukan Ramirez, lebih senang diperolehi di negara tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post