ARSENAL menang 2-0 keatas Napoli pada perlawanan pertama suku akhir Liga Europa lewat pagi semalam.
Kemenangan tersebut walaupun bukanlah bekalan selesa buat The Gunners untuk berkunjung ke Naples (bagi aksi kedua nanti), namun aksi bertenaga yang dipamerkan oleh pemain-pemain Arsenal pada perlawanan tersebut layak mendapat pujian.
Lucas Torreira, 23 tahun dibawa masuk ke Emirates awal musim ini daripada kelab Itali (Sampdoria), antara pemain yang paling menyerlah pada perlawanan itu.
Seakan melepaskan geram ekoran digantung tiga perlawanan dan ditambah bertemu dengan pasukan yang pernah dihadapinya ketika bersaing di Serie A, Torreira beraksi dengan penuh 'kegilaan' selain menjaringkan gol kedua Arsenal (diberikan sebagai gol sendiri setelah bola terkena - biasan Kalidou Koulibaly).
STATISTIK KESELURUHAN
Player | Minutes played |
Shots | ShotsOT | KeyPasses | PA% | AerialsWon | Touches | Rating |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mesut Özil | 66 | 0 | 0 | 2 | 88.1 | 0 | 54 | 7.05 |
Lucas Torreira | 76 | 1 | 0 | 2 | 85 | 1 | 59 | 7.66 |
Data dan statistik serta rating : WhoScored |
Dari segi statistik perlawanan sebenar, Torreira bukanlah satu-satunya pemain yang menunjukkan penguasaan terbesar dikalangan pemain dan beliau juga merupakan pemain kedua Arsenal yang mempunyai peratusan tertinggi dalam melengkapkan hantaran.
STATISTIK BERTAHAN
Player | TotalTackles | Interceptions | Clearances | BlockedShots | Fouls | Rating |
---|---|---|---|---|---|---|
Laurent Koscielny | 0 | 4 | 3 | 0 | 1 | 7.36 |
Nacho Monreal | 1 | 3 | 1 | 0 | 3 | 6.93 |
Sokratis | 1 | 2 | 5 | 0 | 1 | 7.26 |
Ainsley Maitland-Niles | 2 | 2 | 0 | 0 | 0 | 7.92 |
Lucas Torreira | 2 | 2 | 1 | 0 | 1 | 7.66 |
Data dan statistik serta rating : WhoScored |
Namun ketika perlawanan tersebut, kelibat dan peranan beliau jelas banyak membantu pasukan.
Beliau berada dimana-mana.
Laman sosial rasmi Arsenal (Twitter) telah memuat naik status dengan 'heatmaps' yang begitu 'menakjubkan' buat Torreira.
Dan ditambah dengan kapsyen "Haters will say it's photoshop 😉"
Lucas Torreira's heatmap against Napoli 🔥— Arsenal FC (@Arsenal) April 11, 2019
Haters will say it's photoshop 😉
🏆 #UEL pic.twitter.com/wqAt0m93lw
Sudah pastinya ianya mencetuskan persoalan adakah ianya benar?
Namun bagi yang memahami, sememangnya ia adalah satu gurauan yang mana mencerminkan aksi Torreira berada pada perlawanan tersebut.
Bagi perlawanan tersebut, Napoli jelas mendominasi perlawanan apabila memiliki 58% penguasaan padang walaupun bermain di Stadium Emirates.
![]() |
Statistik Arsenal (kiri) vs Napoli (kanan) |
Walaupun di dominasi oleh Napoli, namun Arsenal tetap mencatatkan jumlah percubaan yang jauh lebih banyak berbanding pasukan Serie A itu.
Dan berbalik kepada 'heatmaps' Torreira, jika diperhatikan kepada data-data yang dikeluarkan oleh WhoScored, ianya adalah seperti berikut:
![]() |
Heatmaps keseluruhan pasukan Arsenal ketika menentang Napoli. |
![]() |
Heatmaps Torreira ketika menentang Napoli. |
Bagi penulis, sumbangan Ramsey dalam perlawanan tersebut juga amat besar dan komitmen beliau juga sangat tinggi.
Malahan heatmaps beliau juga lebih besar jika dibandingkan dengan Torreira dan gabungan kedua-dua pemain ini jelas memberikan kelebihan pada bahagian pertahanan dan juga pada bahagian serangan.
![]() |
Heatmaps Ramsey ketika menentang Napoli. |
Sayang sekali kita semua bakal menyaksikan penghijrahan Rambo ke Serie A musim depan.