Arsenal sentiasa memantau perkembangan pemain sayap PSV Eindhoven.

ARSENAL tidak pernah ketinggalan memantau dan mengikuti perkembangan pemain muda PSV serta agen pemain itu memberi bayangan bahawa The Gunners berada dihadapan.



Awal minggu ini, dilaporkan bahawa Inter berminat terhadap pemain PSV, Steven Bergwijn kerana mereka mahu memperkukuhkan bahagian sayap mereka dan sebagai persiapan sekiranya Balde Keita kembali ke Monaco (tamat tempoh pinjaman dan kelab tidak membelinya) ataupun sekiranya Ivan Perisic dilepaskan (dijual).

Balde Keita, menyertai Inter secara pinjaman pada 13 Ogos 2018 dengan nilai €6 juta dan kelab Itali itu mempunyai pilihan untuk membelinya pada nilai € 30 juta  pada akhir musim ini.
Ivan Perisic, 30 tahun kemungkinan bakal dijual Inter pada penghujung musim ini.
Namun usaha kelab Itali itu menerima cabaran daripada kelab Inggeris apabila Manchester United juga disebut sebagai pasukan yang berminat untuk mendapatkan pemain itu.

Red Devils dilaporkan mahu mengukuhkan bahagian sayap kanan mereka setelah skuad sedia ada ketika ini dilihat sedikit lemah pada posisi tersebut.

Bagaimanapun, bukan sahaja Man. United yang disebut daripada kelab Inggeris yang berminat terhadap pemain berusia 21 tahun itu.

Menurut FC Inter News, Arsenal juga dilaporkan berminat terhadap pemain kelahiran Belanda yang telah menjaringkan 12 gol dan juga 12 bantuan gol musim ini untuk PSV.

Musim 2018/19 Penampilan Jaringan Bantuan gol Minit Beraksi
PSV Eindhoven 28 12 12 2,445'
Rekod penampilan Steven Bergwijn


Laporan itu juga mengatakan bahawa Arsenal dan Manchester United, sentiasa mengikuti perkembangan pemain tersebut sepanjang musim ini.

Inter, dalam semua ini, perlu mencuba dan bersaing dengan kuasa kewangan yang dimiliki oleh kelab-kelab Liga Perdana Inggeris dalam perebutan mendapatkan pemain itu.

Namun, mengikut ejen pemain tersebut, ianya akan menjadi pasukan dengan 'projek terbaik' untuk kliennya yang akan memenangi perlumbaan (perebutan mendapatkan Steven Bergwijn).

Beliau (ejen pemain) berkata, dalam satu temu bual yang dipetik dari laman web:

"Langkah seterusnya adalah yang paling penting. Kelab yang paling mengagumkan dia dan memberikannya keutamaan yang tepat untuk pembangunannya akan dapat membantu Steven membuat pilihannya. "

Pemain berusia 21 tahun ini mempunyai kontrak bersama PSV sehingga 2022 dan mampu beraksi pada bahagian sayap kanan dan kiri bernilai kira-kira £27 juta dalam pasaran semasa.

Dan Arsenal dikatakan memiliki ataupun mampu menawarkan apa yang dikehendaki pemain muda itu.

Beraksi pada: Penampilan Jaringan Bantuan gol
Sayap kanan 14 7 6
Sayap kiri 14 5 6

Jangan lupa like Facebook Page Mygooners 👇 👌

Post a Comment

Previous Post Next Post