ARSENAL bakal berkunjung ke Stadium Molineux awal pagi esok, jam 2.45 pagi waktu Malaysia dalam misi mencari tiga mata berharga.
Dari segi rekod pertemuan kedua-dua pasukan, ianya menjadi milik Arsenal apabila mencatatkan tujuh kemenangan dan dua seri dalam sembilan pertemuan terakhir Liga Perdana mereka.
Dan kali terakhir mereka bertemu sebelum Liga Perdana Inggeris (EPL) diperkenalkan adalah pada tahun 1984 dengan keputusan juga memihak kepada Arsenal apabila The Gunners berjaya menewaskan The Wanderers, 4-1 dalam saingan Liga Division Satu.
Selepas itu, mereka bertemu sebanyak tiga kali (selepas EPL diperkenalkan) dengan dua kali dalam saingan Piala FA dan sekali dalam saingan Piala Liga sebelum Wolves berjaya menyertai Liga Perdana pada musim 2003-04.
Ketiga-tiga pertemuan tersebut dimenangani Arsenal dan begitu juga dalam musim pertama Wolves didalam saingan liga apabila dua kali tewas dalam saingan Liga Perdana menentang Arsenal.
Rekod 'Head to Head' Wolves vs Arsenal semenjak Liga Perdana Inggeris diperkenalkan pada tahun 1992.
Tarikh | Lawan | Keputusan | Jaringan | Saingan |
---|---|---|---|---|
24 Mar 1984 | Arsenal v Wolverhampton Wanderers | L | 4-1 | League Division One |
05 Apr 1998 | Arsenal v Wolverhampton Wanderers | L | 1-0 | FA Cup |
24 Jan 1999 | Wolverhampton Wanderers v Arsenal | L | 1-2 | FA Cup |
02 Dec 2003 | Arsenal v Wolverhampton Wanderers | L | 5-1 | League Cup |
26 Dec 2003 | Arsenal v Wolverhampton Wanderers | L | 3-0 | Premier League |
07 Feb 2004 | Wolverhampton Wanderers v Arsenal | L | 1-3 | Premier League |
29 Jan 2005 | Arsenal v Wolverhampton Wanderers | L | 2-0 | FA Cup |
07 Nov 2009 | Wolverhampton Wanderers v Arsenal | L | 1-4 | Premier League |
03 Apr 2010 | Arsenal v Wolverhampton Wanderers | L | 1-0 | Premier League |
10 Nov 2010 | Wolverhampton Wanderers v Arsenal | L | 0-2 | Premier League |
12 Feb 2011 | Arsenal v Wolverhampton Wanderers | L | 2-0 | Premier League |
27 Dec 2011 | Arsenal v Wolverhampton Wanderers | D | 1-1 | Premier League |
11 Apr 2012 | Wolverhampton Wanderers v Arsenal | L | 0-3 | Premier League |
11 Nov 2018 | Arsenal v Wolverhampton Wanderers | D | 1-1 | Premier League |
24 Apr 2019 | Wolverhampton Wanderers v Arsenal | Premier League |
Secara keseluruhannya, kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 113 kali dan Arsenal telah memenangi perlawanan sebanyak 50.4% dan 23.9% dengan keputusan seri.
Perlawanan dimenangani Wolves: | 29 |
---|---|
Perlawanan dengan keputusan seri: | 27 |
Perlawanan dimenangani Arsenal: | 57 |
Dan untuk rekod sembilan perlawanan liga kedua-dua pasukan itu, Mkhitaryan dan Cavaleiro merupakan penjaring yang masih ada bersama pasukan masing-masing ketika ini.
Arsenal telah menjaringkan 20 gol dalam kesembilan perlawanan itu dan hanya melepaskan empat gol sahaja.
Mampukah Arsenal mengekalkan rekod tanpa kalah menentang Wolves pagi esok?
![]() |
Ivan Cavaleiro penjaring terakhir Wolves ketika menentang Arsenal yang masih berada bersama skuad mereka. |
Jumlah perlawan |
9
|
---|---|
Perlawanan dimenangi Wolves |
0
|
Perlawanan dimenangi Arsenal |
7
|
Seri |
2
|
Perlawanan dimainkan di Molineux |
4
|
Perlawanan dimainkan di Emirates |
5
|
Jumlah gol dijaringkan Wolves |
4
|
Jumlah gol dijaringkan Arsenal |
20
|
Penjaring terbanyak untuk Wolves (semasa) |
Ivan Cavaleiro (1 gol)
|
Penjaring terbanyak untuk Arsenal (semasa) |
Henrikh Mkhitaryan (1 gol)
|