Arsenal bakal tandatangani pemain pertama pada Jun ini.

Kredit photo: Miguel Schincariol/Ituano FC

ARSENAL dilaporkan bakal memuktamadkan perjanjian dengan pemain Brazil, pengumuman dijangka dilakukan pada bulan Jun ini.



Nampaknya Arsenal kini semakin hampir untuk menyelesaikan kesepakatan bagi pemain 'wonderkid' Brazil, Gabriel Martinelli.

Menurut UOL, The Gunners kini maju selangkah dalam usaha mereka untuk menandatangani dan telah mengemukakan tawaran kepada pemain berusia 17 tahun itu yang dimilikki oleh kelab Ituano.

Laman web itu mendakwa bahawa Martinelli, yang kini sedang bercuti telah memilih Arsenal dan akan pergi ke Eropah tidak lama lagi, di mana pemain tersebut akan menyelesaikan passport Eropahnya bagi mengelakkan sebarang masalah dengan permit kerja di UK.

UOL juga mendakwa penyerang itu akan diperkenalkan oleh The Gunners pada bulan Jun ini, setelah Martinelli genap berusia 18 tahun dan melayakkan dirinya untuk menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal.

Menurut laporan itu lagi,  wakil pemain tersebut turut menawarkan Martinelli kepada kelab-kelab Liga Perdana yang lain, namun tiada kelab yang sanggup memenuhi ataupun menyamai tuntutan Ituano sebagaimana The Gunners.

Pun begitu, UOL tidak mendapat memberikan ataupun menyatakan jumlah nilai perpindahan ataupun berapakan bayaran yang dibuat Arsenal untuk pemain muda itu.

Apa yang mereka katakan adalah bahawa Ituano mahu menyimpan sejumlah peratusan hak pemilikan terhadap pemain itu, namun usaha mereka itu tidak dapat dilaksanakan ini kerana perkara tersebut tidak dibenarkan dalam Liga Perdana Inggeris.

Namun sehari kemudian, Yahoo Brazil juga melaporkan mengenai kesepakatan tersebut.

Dan menurut kisah mereka, Arsenal membelanjakan £ 6 juta untuk menandatangani Martinelli.

Although the figures are kept confidential, Yahoo Sports has found that the amount is around 6 million pounds ($ 30.6 million) and the trend is that Martinelli will be presented at the next transfer window in June, when he turns 18 and is released to transfer abroad. -- Yahoo Sport (terjemahan Google dari Bahasa Brazil ke Bahasa Inggeris).

Pemain berusia 17 tahun itu sedia berpindah pada bulan Jun ini, apabila jendela perpindahan dibuka dan juga apabila berusia 18 tahun.

Yahoo menulis bahawa Martinelli pada mulanya akan menyertai skuad Arsenal U23, tetapi akan dipromosikan ke pasukan utama pada tarikh yang telah ditetapkan.

Sebab itulah pemain muda Brazil ini berusaha secepat mungkin untuk mendapatkan passport Eropah beliau kerana itulah cara itulah paling mudah untuk mendapatkan permit kerja di UK.

Laman web itu juga mengingatkan bahawa Manchester United sebelum ini mengetuai perlumbaan untuk menandatangani pemain ini kerana mereka telah mengikuti perkembangan Martinelli selama bertahun-tahun malahan mereka juga telah mencuba pemain tersebut bersama mereka dalam sesi percubaan.

Walau bagaimanapun, Red Devils memilih untuk tidak menggunakan pilihan membeli mereka pada masa itu, dan kini ia adalah Arsenal yang akan membawa pemain tersebut ke England.

Post a Comment

Previous Post Next Post