Mesut Ozil mampu berikan kelebihan kepada Unai Emery.

UNAI EMERY membuat pilihan dan keputusan berani mengenai penglibatan Mesut Ozil musim ini dalam skuad kendalian beliau, Arsenal.



Jika mengambil kira jumlah penampilan Ozil setiap musim bagi saingan Liga Perdana Inggeris, musim 2015/16 merupakan musim terbaik beliau, dimana pada musim tersebut beliau telah membuat 35 penampilan.

Dan kesemua perlawanan tersebut (pada musim itu) beliau bermula dalam kesebelasan utama The Gunners.

Maka tidak hairanlah pada musim itu beliau menghasilkan jumlah bantuan gol paling banyak dalam karier bolasepak beliau bersama Arsenal.

Rekod Ozil bersama Arsenal
Musim Penampilan
Liga
Piala FA Piala Liga Eropah JUMLAH
P J B P J B P J B P J B P J B
2013–14 26 5 10 5 1 2 1 0 - 8 1 2 40 7 14
2014–15 22 4 6 5 1 2 0 0 - 5 0 1 32 5 9
2015–16 35 6 19 1 0 1 0 0 - 8 2 0 45 8 20
2016–17 33 8 10 3 0 1 0 0 - 8 4 3 44 12 14
2017–18 26 4 9 0 0 0 2 0 - 7 1 5 35 5 14
2018–19 18 4 2 1 0 0 0 0 - 6 1 1 17 5 3
JUMLAH 155 30 56 15 2 6 3 0 - 39 9 12 213 42 74
P= Penampilan, J=Jaringan gol, B=Bantuan gol

Musim berikutnya (2016/17), jumlah penampilan beliau sedikit menurun dalam saingan liga namun terdapat peningkatan pada jumlah jaringan termasuklah tahun seterusnya.

Manakala pada musim ini, khidmat beliau begitu kurang digunakan dengan setakat ini hanya membuat 18 penampilan liga, mengumpul 1,269 minit masa permainan (kira-kira 14 perlawanan penuh).

Perkembangan ini menyebabkan tercetusnya perdebatan dikalangan peminat dan penyokong Arsenal untuk memilih sama ada Ozil ataupun Emery.

Rekod Emery dalam mengendalikan pemain bertaraf bintang tidaklah begitu 'baik' berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini bersama PSG dan beliau hanya mampu bekerjasama dengan pemain-pemain 'biasa' ketika membawa Sevilla menjulang Piala Europa.

Jelas masa depan Ozil bersama Arsenal musim depan menjadi tanda tanya, lebih-lebih lagi media ketika ini begitu hangat melaporkan bahawa Emery berhajat untuk melepaskan pemain berusia 30 tahun itu, termasuklah beberapa bintang lain bagi memberi peluang untuk mendapatkan pemain yang dikehendakinya.

Pun begitu, perjuangan musim ini masih memerlukan 'kekuatan' skuad yang mantap dan Ozil (menurut pandangan penulis) masih diperlukan namun semuanya bergantung kepada Emery.

Adakah beliau bercadang melepaskan Ozil ataupun berusaha mencari kelebihan pemain Jerman itu untuk digunakan serta menyesuaikan pemain tersebut bersama taktikal dan teknikal beliau.

Ianya bukanlah keputusan yang mudah buat Emery untuk tidak memilih Ozil kerana pemain tersebut merupakan pemain yang menerima gaji tertinggi di Emirates, namun tindakan beliau yang kurang memberi peluang kepada pemain Jerman itu untuk bermula didalam skuad permulaan The Gunners, menjelaskan bahawa Ozil bukanlah pemain pilihanan beliau.

Emery jelas tidak senang dengan hasil yang dipamerkan Ozil yang gagal memenuhi kehendak taktikal dan teknikal beliau.

Ianya amat berbeza dengan Arsene Wenger yang sedia mengambil risiko mencuba sesuatu yang baru.

Dan kini terdapat banyak rumors mengenai kekecewaan dan ketegangan di antara mereka berdua sehinggakan timbul naratif 'memilih siapa' dan perdebatan tentang bagaimana kita dapat mengeluarkan yang terbaik dari maestro Jerman ini.

Melepasi semua ini, pada bulan-bulan terakhir musim ini, Ozil dilihat seolah berjaya memberikan sesuatu kepada kelab dibawah kendalian Emery.

Untuk dua perlawanan berturut-turut, beliau menjadi No. 10 yang penting dalam sistem 3-4-1-2 dimana beliau beraksi dengan kebolehan dan keistimewaan dirinya yang sebenar.

Dan beliau tidak melakukannya dalam perlawanan lain, beliau melakukannya ketika menentang Manchester United dan sekali lagi ketika menghancurkan Rennes bagi saingan Liga Europa.

Arsenal ketika menentang Rennes, memulakan perlawanan dalam formasi 3-4-1-2 tanpa kejutan dalam barisan permulaan.

Mereka perlu bermain dalam perlawanan dengan pendekatan menyerang, jadi trio offensive yang dibarisi oleh Ozil, Lacazette dan Aubameyang adalah penyelesaian logik buat Emery.

Serangan Arsenal turut mendapat sokongan dua pemain sayap yang menyerang dan juga dari Aaron Ramsey yang memainkan peranan besar sebagai pemain tengah box-to-box.

Formasi 3-4-1-2 Arsenal menentang Rennes.
Disini penulis menyifatkan Ozil sememangnya watak penting dalam kebangkitan Arsenal dan Emery sememangnya mempunyai rancangan tersendiri untuk perancang berbisa The Gunners ini, dan untuk kelab secara keseluruhnya.

Bagi penulis, formasi tersebut (3-4-1-2) merupakan yang terbaik jika mahu memanfaatkan kebolehan Ozil dan jika beliau (Ozil) mahu menyesuaikan diri dengan kelab yang disayanginya itu, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk bekerja membuktikanya, memikat hati Unai Emery dan bukan berdasarkan statusnya semata-mata.

Sekiranya Ozil benar-benar dapat menyesuaian dengan taktikal Emery, kita semua juga mendapat manfaat, begitu juga dengan Emery, jika beliau terus 'memeram' Ozil, sudah tentu beliau juga tidak dapat mengeluarkan yang terbaik daripada pemain tersebut.

Bagi penulis, Emery ketika ini sedang mengeluarkan dan menikmati yang terbaik daripada Ozil.

Arsenal bakal beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris pagi esok, jam 3 pagi waktu Malaysia dan anda dapat saksikan secara langsung di saluran Astro SuperSports 3.

Post a Comment

Previous Post Next Post