ROBERTO MARTINEZ sedang mempertimbangkan untuk membawa Thierry Henry kembali ke Belgium.
Bekas pemain Arsenal, Henry dipecat oleh Monaco selepas hanya tiga bulan mengendalikan kelab tersebut dan beliau dikatakan bakal kembali ke arena bolasepak sebagaimana dilaporkan oleh The Sun.
Menurut laporan tersebut, pengurus kebangsaan Belgium, Roberto Martinez sedang mempertimbangkan untuk membawa pulang bekas pemain Arsenal itu kembali menyertai mereka.
Henry dilaporkan berjaya membina hubungan positif dengan para pemain semasa beliau menjadi penolong jurulatih skuad Belgium.
Belgium menduduki tempat ketiga pada Kejohanan Piala Dunia 2018 bersama Henry dan nampaknya beliau mungkin akan kembali ke negara tersebut.
Pilihan untuk Henry sekarang adalah sama ada untuk kembali menjadi jurulatih atau mencuba kerjaya pengurusannya di tempat lain.
Waktunya di Monaco sangat singkat dan beliau dipecat selepas 104 hari, mengendalikan hanya 20 perlawanan yang menyaksikan pasukan yang sentiasa berada di kedudukan atas Ligue 1 terpelosok ke dasar liga, berada di dalam zon penyingkiran.
Henry kemudiannya digantikan oleh bekas pengendali Monaco, Leonardo Jardim yang telah memberikan sedikit peningkatan kepada pasukan tersebut.
Walau bagaimanapun, Monaco kini berada di tangga ke-16 liga dengan hanya 30 mata hasil daripada 29 perlawanan.
Pos. | Pasukan | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
16 | Monaco | 29 | 7 | 9 | 13 | 30 | 44 | −14 | 30 |
17 | Amiens | 29 | 8 | 5 | 16 | 24 | 43 | −19 | 29 |
18 | Guingamp | 29 | 5 | 7 | 17 | 19 | 51 | −32 | 22 |
19 | Dijon | 29 | 5 | 6 | 18 | 21 | 46 | −25 | 21 |
20 | Caen | 29 | 3 | 11 | 15 | 23 | 44 | −21 | 20 |