Pengurus Watford, Javi Gracia yakinkan Unai Emery untuk ke London.

ARSENAL bakal bertandang ke Vicarage Road malam ini atau lebih tepat lagi jam 3 pagi esok waktu Malaysia bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Watford.



Pengendali Arsenal, Unai Emery telah mendedahkan bahawa perbincangan beliau dengan rakan senegaranya dari Sepanyol dan pengurus Watford, Javi Gracia meyakinkan beliau untuk menjadi pengurus Arsenal pada musim panas lalu.

Walaupun berjaya membawa PSG menjuarai secara 'treble' bagi saingan domestik pada musim 2017-18, Emery meninggalkan kelab Ligue 1 itu pada akhir musim sebelum menerima tawaran Arsenal untuk menggantikan Arsene Wenger yang mengundurkan diri dari Emirates.

Setakat ini, Emery berjaya mempamerkan prestasi yang memuaskan dan dilayak dipuji diatas apa yang dilakukannya di Emirates, membawa Arsenal bersaing merebut tempat dikalangan empat teratas liga dan juga membawa pasukan ke suku akhir Liga Europa.

Sementara Gracia, seorang lagi pengurus kelahiran Sepanyol juga berjaya mempamerkan prestasi cemerlang apabila berjaya membawa Watford ke final Piala FA musim ini selain membawa pasukan itu berada dikedudukan pertengahan EPL (tangga ke10 ketika ini).

Dan Emery mengakui bahawa Gracia, yang menyertai Watford pada Januari lalu selepas pemecatan Marco Silva memainkan peranan utama dalam perjalanannya ke England.

"Apabila kemungkinan dibuka untuk masuk ke sini, jurulatih pertama, orang pertama dalam dunia bolasepak yang saya hubungi adalah dia (Gracia), " kata Emery.

"Saya bertanya beberapa soalan tentang bolasepak di sini, pasukan bolasepak, Arsenal, dan dia mengesyorkan kepada saya bahawa saya datang ke sini."

Emery menambah: "Sebagai contoh, kami makan malam, jurulatih mereka dan jurulatih kami, satu hari di St Albans pada bulan September.

"Kami bercakap tentang bolasepak di sini, bolasepak Inggeris dan pengalaman mereka kerana mereka berada di sini enam bulan sebelum kami. Ia adalah perbualan yang baik mengenai bolasepak kerana Javi Gracia juga seorang individu bolasepak.



"Mereka kawan saya, bukan hanya Javi Gracia tetapi juga pembantunya Zigor Aranalde dan Inigo Arteaga."

Pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris, Arsenal menewaskan Watford 2-0 di Emirates hasil jaringan (gol sendiri) Craig Cathcart dan Mesut Ozil pada sepuluh minit terakhir untuk memastikan kemenangan buat The Gunners.


Bukan sahaja Emery, malahan peminat Arsenal juga mengharapkan hasil yang sama ketika Arsenal beraksi Vicarage Road pada awal pagi esok.

Dan sudah semestinya kita juga mengetahui bahawa ianya pasti perlawanan yang sukar menentang Watford yang juga pasti tidak akan memberi laluan mudah buat Emery dan anak buahnya.


Info ringkas perlawanan
Perlawanan Arsenal menentang Watford bakal dilangsungkan jam 3 pagi esok, waktu Malaysia.

Kali terakhir Arsenal mencatatkan kemenangan ditempat lawan adalah pada 27 Ogos 2016.

Perlawanan tersebut adalah bagi saingan Liga Perdana yang menyaksikan The Gunners menewaskan The Hornet dengan keputusan 3-1.

Dan perlawanan terakhir Arsenal di Vicarage Road adalah pada 14 Oktober 2017 dengan Watford berjaya mencatatkan kemenangan 2-1.

Manakala rekod pertembungan 'head to head' Unai Emery menentang Javi Gracia adalah sebanyak 7 kali dan pengendali Arsenal ini tidak pernah mengalami kekalahan dengan mencatatkan 6 kemenangan dan 1 seri.

Post a Comment

Previous Post Next Post