Inter Milan tidak berputus asa terhadap Granit Xhaka.

PADA tahun 2016, Arsenal dan Borussia Mönchengladbach bersetuju dengan bayaran £ 40.5 juta untuk perpindahan Granit Xhaka.


Dan semenjak itu, Xhaka tersebut telah menjadi pemain tetap dalam kesebelasan utama The Gunners baik ketika dibawah Arsene Wenger dan juga dibawah pengendali baharu, Unai Emery.

Rekod penampilan Xhaka bersama Arsenal (setakat ini)
Penampilan Jaringan Bantuan
Gol
Kad
Kuning
Kad
Kuning
Kedua
Kad
Merah
Minit
Beraksi
126 11 14 35 - 2 10.436'

Sebelum bermulanya musim ini, pemain tengah itu telah memutuskan masa depannya bersama The Gunners apabila menandatangani kontrak baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Namun itu semua tidak menghalangnya daripada terus dipantau oleh pasukan 'scout' Inter Milan.

Rekod penampilan Xhaka dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini (2018/19).
Menurut Calciomercato dan begitu juga dengan dakwaan yang hampir sama dari Corriere dello Sport, Inter telah menumpukan perhatian mereka terhadap pemain antarabangsa Switzerland dalam usaha memperkuat jentera tengah mereka pada jendela perpindahan berikutnya.

Petikan laporan calciomercato.


Selepas gagal mendapatkan pemain Real Madrid, Luka Modric pada musim panas yang lalu, Nerrazzurri telah mengalih tumpuan mereka terhadap pemain Barcelona, Ivan Rakitic.

Pun begitu, laporan tersebut turut mendedahkan dimana mereka juga ketika ini sedang mencari seorang lagi pemain tengah untuk dibawa masuk pada musim hadapan.

Dan nama Xhaka telah disebut antara pemain yang menjadi pilihan kelab Itali itu.

Petikan laporan Corriere dello Sport
Sebelum ini, pemain The Gunners berusia 26 tahun itu telah memberi bayangan dimana beliau tidak berhasrat menamatkan kariernya di Emirates dan mahu memenuhi cita-cita beliau sebagai pemain bolasepak yang mahukan cabaran lain, selain terus memperbaiki dirinya.

"Saya sangat bercita-cita tinggi. Saya mahu mengambil langkah seterusnya. Arsenal tidak perlu menjadi perhentian terakhir."
" kata Xhaka.

Walaupun Inter menghadapi kesukaran untuk mendapatkan khidmat Xhaka dari Arsenal namun laman web Itali itu mendakwa, jika terdapat sebarang kemungkinan dan peluang untuk mereka menandatanganinya, ianya tidak akan dilepaskan mereka.

Xhaka ketika ini bernilai sekitar £45 juta dalam pasaran semasa dan kontrak beliau bersama The Gunners hanya bakal berakhir pada Jun 2023.

Selain Xhaka, Calciomercato turut mendakwa pemain Cagliari, Nicolo Barella dan pemain Lyon, Tanguy Ndombele antara pemain tengah yang menjadi sasaran Inter.

Post a Comment

Previous Post Next Post