Alexandre Lacazette hantar mesej 'halus' kepada peminat Arsenal

PENYERANG sensasi Arsenal, Alexandre Lacazette telah menghantar mesej kepada peminat The Gunners pada media sosial menafikan khabar angin mengenai masa depannya yang sedang hangat diperkatakan.


Arsenal gagal mendapatkan slot bagi saingan Liga Juara-Juara musim depan melalui Liga Perdana Inggeris, namun masih berpeluang untuk beraksi pada saingan elit Eropah itu.

Dalam perlawanan terakhir The Gunners musim ini, mereka menghadapi saingan seteru London, Chelsea dalam final Liga Europa di Baku pada 30 Mei ini jam 3 pagi waktu Malaysia.

Seandainya menang, sudah pasti Arsenal bakal bersaing dalam saingan tertinggi Eropah musim depan.


Kunci utama dalam pertembungan dua kelab Landon pada perlawanan akhir itu adalah gandingan maut Arsenal, Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang, yang mana  telah menjaringkan 70 gol hasil gabungan mereka berdua.


Khabar angin telah mula berterbangan dengan Barcelona dikatakan mahu meningkatkan kekuatan serangan mereka setelah Luis Suarez menghampiri kemuncak kariernya.



Pada usia 32 tahun, prestasi terbaik pemain Uruguay itu mula berkurangan dan Barca berminat untuk mencari perkara terbaik yang akan membawa mereka kepada seorang pemain yang mampu menggantikan penyerang mereka.

Lacazette, 27 tahun menjadi sasaran Barcelona selepas persembahan hebat di pentas Eropah, namun Arsenal tidak berhasrat membiarkannya pergi.

Perkembangan itu telah membawa kepada 'pembuka' rundingan kontrak diantara The Gunners dengan penyerang Perancis itu dan beliau telah memberikan petunjuk 'halus' di mana rundingan itu patut bermula.

Pada laman sosial Instagram beliau, Laca telah memuatnaik gambarnya bersama beberapa rakan sepasukan selepas sesi latihan.







A post shared by Alex Lacazette (@lacazettealex) on

Beliau menggunakan kapsyen 'My Garden' pada foto yang dimuatnaik itu, menunjukkan bahawa beliau telah membuat kelabnya sekarang sebagai 'rumah' beliau.

Jelas memberi bayangan bahawa pemain tersebut gembira berada di Emirates serta menafikan khabar angin perpindahan beliau.

Barcelona bukan hanya mengesan Lacazette, tetapi juga rakan senegaranya Antoine Griezmann.

Penyerang Atletico Madrid telah menyatakan bahawa beliau berhasrat untuk meninggalkan Wanda Metropolitano tahun ini tetapi kelabnya itu hanya sedia melepaskan beliau sekiranya klausa pelepasnya yang bernilai £109 juta dipenuhi.

Sementara itu, Arsenal dilaporkan sedia menggunakan tenaga muda daripada akademi untuk mengisi kekosongan pemain yang akan dilepaskan kelak.

Danny Welbeck akan meninggalkan Emirates, namun kemunculan Eddie Nketiah dan Reiss Nelson yang kembali daripada pinjaman mungkin memberikan Unai Emery pilihan pada barisan simpanan beliau musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post