Benda boleh menang dua-dua perlawanan, buat apa nak buat comeback.

ARSENAL ke pentas FINAL Liga Europa setelah mencatatkan kemenangan bergaya sebentar tadi.

Skuad kendalian Unai Emery terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal daripada tuan rumah setelah Gameiro menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-11 perlawanan.

Namun Aubameyang pantas menyamakan kedudukan hasil rembatan menarik diminit ke-17 untuk mengikat perlawanan 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama, secara aggregate Arsenal 4-2 Valencia.

Bersambung ke babak kedua perlawanan, Lacazette mengukuhkan kedudukan Arsenal dengan gol kedua pada minit ke-50 namun Gameiro sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila merapat jurang perbezaan gol dengan gol kedua dan penyamaan perlawanan diminit ke-58.

Bagaimanapun Aubameyang terus 'menggila' apabila meledakkan dua lagi gol untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 4-2 dan secara aggregate 7-3.


Dengan kemenangan itu, Arsenal bakal menentang Chelsea pada peringkat akhir setelah pasukan London itu berjaya menewaskan Franfurt melalui penentuan sepakan penalti.

Perlawanan akhir akan dilangsung pada 29 Mei ini.
Menariknya kejohanan Eropah kali ini apabila kesemua pasukan yang beraksi dipentas Final adalah daripada kelab Inggeris.

Bukan sahaja saingan Europa, malahan saingan Liga Juara-Juara turut menemukan pasukan Inggeris.

Lebih menarik, tiga wakil London beraksi di pentas FINAL nanti.

Spurs bakal menentang Liverpool pada final UCL.
HIGHLIGHT PERLAWANAN : Valencia 2-4 Arsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post