Kenyataan rasmi Konfederasi Bola Sepak Brazil menafikan perjanjian Arsenal

BERIKUTAN dakwaan baru-baru ini yang mengatakan Edu Gaspar telah memutuskan untuk meninggalkan pasukan kebangsaan Brazil dan menyertai Arsenal, Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) kini memberi respons berhubung perkara tersebut.



Konfederasi Sepak Bola Brazil telah mengeluarkan kenyataan yang menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan bekas pemain tengah Arsenal itu masih mempunyai kontrak bersama mereka sehingga Piala Dunia 2022.

CBF mengakui bahawa Edu telah memberitahu mereka mengenai pendekatan dari 'kelab Inggeris' namun beliau tetap akan memberi tumpuan kepada jawatan yang dipikulnya sebagai penyelaras pasukan kebangsaan Brazil bagi kejohanan Copa America, yang mana Brazil menjadi tuan rumah pada musim panas ini.

Malah badan induk bolasepak itu juga menggunakan peluang tersebut untuk menafikan khabar angin mengenai siapakah yang bakal menggantikan Edu setelah beberapa nama dikeluarkan dalam akhbar tempatan.

Berikut adalah kenyataan CBF yang diterjemahkan ke Bahasa Inggeris menggunakan Google Translate.

Regarding the news involving the Coordinator of the Brazilian National Team, Edu Gaspar, CBF clarifies: 

01) The Coordinator of Selections, Edu Gaspar, has a contract with CBF until the end of the Qatar World Cup 2022.

02) Edu Gaspar informed CBF that he received a survey of an English club, who explained that at the moment he is exclusively focused on the Copa América Brazil 2019.

03) Therefore, CBF denies any speculation around names for the position of Coordinator. The entity has clarity of qualities needed for this position, which unite administrative capacity and great experience in the field.



Kesepakatan diantara Edu Gaspar dengan Arsenal telah dilaporkan awal minggu ini melalui pendedahan wartawan Juca Kfouri

Melalui pendedahan tersebut, Edu dikatakan bakal meninggalkan CBF selepas berakhirnya kejohanan Copa Amerika dan mendakwa bahawa bekas pemain Arsenal itu telah mengikat perjanjian dengan The Gunners semenjak Februari lalu.

Selain Juca Kfouri, pendedahan mengenai keputusan Edu untuk menyertai Arsenal turut didedahkan oleh Jorge Nicola sebagaimana disiarkan dilaman Yahoo Brazil.

Menurut Nicola, Edu telah memberitahu rakan beliau mengenai keputusan itu dan perjanjian dengan Arsenal, yang dirundingkan oleh agen beliau, Kia Joorabchian dimana ianya telah dicapai pada bulan Februari lalu.

Kfouri menerangkan tugas Edu di Arsenal adalah untuk ‘direct the club’s football’, sementara Nicola mengatakan beliau akan mempunyai kedudukan yang sama seperti yang dipegang dalam pasukan kebangsaan Brazil.

Sebelum ini, kami pernah melaporkan bahawa Edu bakal kembali ke Emirates sebagai Pengarah Teknikal.

Namun, dengan penafian yang dilakukan oleh Konfederasi Bola Sepak Brazil itu, persoalan mengenai siapakah yang bakal menyertai Arsenal dan juga pengganti kepada Mislintat masih menjadi teka-teki.

Post a Comment

Previous Post Next Post