Empat kesimpulan kemenangan Chelsea keatas Arsenal di Azerbaijan.

Selepas separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan dan perlawanan akhir Liga Europa di Baku 'meletup' di separuh kedua dengan Chelsea 'membaham' Arsenal empat gol selepas rehat.


Eden Hazard mencuri tumpuan pada perlawanan itu dan Olivier Giroud pula 'menyiksa' bekas kelab yang pernah diwakilinya.

Perpisahan terindah

Eden Hazard mengakui bahawa sudah tiba masanya untuk beliau memulakan dan menerima cabaran baru dengan kemungkinan besar meninggalkan Chelsea penghujung musim ini.

Dan beliau 'mengakhiri' masa beliau bersama kelab itu dengan cukup bergaya pagi tadi.

Hanya gol pertama sahaja tidak mempunyai penglibatan langsung dari pemain Belgium yang beraksi cukup cemerlang pagi tadi.
Beliau tenang menyempurnakan penalti, membantu Pedro untuk menjaringkan gol dan kemudian menjaringkan gol keempat pasukannya untuk meninggalkan Stamford Bridge dengan kenangan terindah. 



Kerinduan dan kehilangan


Memasuki babak kedua perlawanan, barisan tengah Arsenal bagaikan tidak wujud, gagal untuk mengendalikan perlawanan dan bagaikan merelakan 'diratah' pihak lawan.

Dan kelemahan tersebut membuat sesetengah penyokong Arsenal merindui kelibat pemain yang bakal meninggalkan Emirates, Aaron Ramsey.

Jika pemain tersebut masih berada bersama pasukan dan cukup cergas pada perlawanan itu, sudah tentu beliau mampu mengemudikan barisan tengah dengan lebih berkesan dan mampu mengubah permainan.
Namun beliau pasti tidak akan bermain pagi tadi dan untuk musim-musim seterusnya bersama Arsenal.

Dan sudah tentu Arsenal memerlukan seorang pengganti yang mampu mengisi kehilangan dan ketiadaan Rambo pada musim hadapan serta seterusnya.

Pedro cemerlang


Seperti lazimnya, Pedro akan menjaringkan gol dalam perlawanan penting terutamanya pada perlawanan final.
Setelah menjaringkan gol dalam final Liga Juara-Juara, Piala Super Eropah dan Piala Kelab Dunia, beliau kini menambah koleksi terbaru dengan gol dalam final Liga Europa.

Ia mungkin bukan yang terbaik dalam kariernya, namun pencapaian itu juga bukan calang-calang pemain yang mampu melakukannya, lebih-lebih lagi dalam perlawanan besar.


Sudut kamera
Serius, apa yang berlaku dengan sudut kamera pada perlawanan pagi tadi.
Sudut begitu jauh... terlalu jauh dari padang dan amat mengejutkan untuk perlawanan akhir bagi salah satu kejohanan terbesar Eropah dengan sudut kamera yang amat mengecewakan.
Perkara yang cukup buruk bagi peminat yang membuat perjalanan ke sana yang mengalami kesukaran logistik tetapi mereka yang menonton di rumah juga tidak menikmati perlawanan ini dengan baik.

Post a Comment

Previous Post Next Post