Tindakan Unai Emery turunkan Petr Cech di final Liga Europa patut dipertikaikan.

KEPUTUSAN final Liga Europa telahpun diketahui dan Arsenal kekal beraksi dalam saingan tersebut musim depan setelas tewas kepada seteru London, Chelsea dengan keputusan 4-1.



Perlawanan tersebut menyaksikan pengendali Arsenal, Unai Emery telah memulakan Petr Cech untuk menentang bekas pasukan yang pernah diwakili penjaga gol itu, Chelsea.

Sebelum bermulanya perlawanan akhir, bekas penjaga gol Chelsea itu terpalit dengan kontroversi apabila dilaporkan akan kembali ke pangkuan The Blues selepas berakhirnya musim ini.


Dan sebelum perlawanan itu juga, kredibiliti Cech juga dipersoalkan setelah membuat kenyataan dimana situasi di Arsenal dan Chelsea begitu berbeza apabila menegaskan The Gunners tidak ada tekanan dalam melakukan apa-apa.

"Di Chelsea, walaupun kami seri ketika bermain di laman sendiri dengan pasukan besar, ia bagaikan suasana pengebumian di bilik persalinan. Ia sangat teruk. Bagaikan mustahil kita tidak mampu menang." - jelas Cech.

"Tetapi saya datang ke Arsenal dan seperti juga Arsene Wenger yang membenci kepada kekalahan, dia selalu tenang dengan sebarang keputusan. Sekiranya kita menang atau kalah, dia tetap semacam itu sahaja.

"Dan itu adalah sesuatu yang tidak pernah saya alami sebelum ini.

"Jadi, peliknya, saya rasa di Arsenal tidak ada tekanan yang mencukupi."



Namun, tidakkah beliau sepatutnya memberikan sesuatu kepada Arsenal? Jika tidak, kenapa beliau dibawa masuk?

Sudah tentu kemasukkan beliau yang mempunyai pengalaman luas serta pernah beraksi dan memenangi beberapa kejuaraan besar, diharapkan mampu mengubah mentaliti serta mampu memberi dorongan kepada rakan-rakan seperjuang The Gunners.

Jika benar apa yang didakwa Cech bahawa Arsenal kekurangan tekanan mahupun motivasi, adakah beliau tidak membantu atau mengubah suasana itu?

Adakah beliau tidak memberikan kata-kata semangat didalam bilik persalinan? Harus diingat, Cech juga merupakan kapten Arsenal selepas Koscielny.

The captain of this group is Laurent Koscielny, who is injured at the moment, after Laurent, our other captains are Petr Cech, Aaron Ramsey, Mesut Ozil and Granit Xhaka.  - jelas Unai Emery sebagaimana dipetik dari laman rasmi Arsenal.

Dan sudah pasti beliau juga mempunyai tanggungjawab dalam memberi sokongan dan dorongan serta motivasi kepada rakan-rakan seperjuangan.

Jika beliau gagal memberikan dorongan dan motivasi kepada rakan sepasukan (sebelum ini, sehingga mampu mengeluarkan kenyataan tersebut), serta ditambah berita mengenai kesediaan Chelsea untuk melantik beliau (Cech) pada musim depan, jadi mengapa harus Emery menurunkan beliau pada perlawanan akhir pagi tadi?

Penulis bukanlah menafikan kehebatan Cech diatas padang dan beliau sememangnya berkebolehan namun jika mengambil kira kata-kata beliau yang mengatakan bahawa Arsenal kekurangan tekanan dan motivasi, tidak keterlaluan untuk mengatakan beliau seorang yang gagal, gagal didalam bilik persalinan.

Serta gagal selaku kapten pasukan.

Dan Arsenal memerlukan seorang pemimpin yang mana ketika ini, ianya adalah faktor terpenting selepas taktikal dan teknikal Emery.

Ye... Arsenal kekurangan seorang KAPTEN berwibawa yang mampu membawa rakan-rakan ke hadapan dengan penuh semangat.

#COYG


Post a Comment

Previous Post Next Post