Santi Cazorla kembali ke skuad Sepanyol bagi kelayakan Euro 2020 selepas 4 tahun

SELEPAS empat tahun tidak mewakili skuad kebangsaan, beliau akhirnya kembali dipanggil mewakili Sepanyol.

Kali terakhir bekas pemain Arsenal ini membuat penampilan untuk skuad kebangsaan Sepanyol adalah pada November 2015, ketika menghadapi England dalam perlawanan persahabatan.

Dalam perkembangan terbaru mengenai pengumuman yang dibuat oleh Persatuan Bolasepak Sepanyol, ianya amat mengejutkan apabila pemain tengah Villarreal itu (Santi Cazorla) telah disenaraikan dalam skuad 23 pemain Sepanyol untuk perlawanan kelayakan Euro 2020, menentang Kepulauan Faroe dan Sweden.

Cazorla 34 tahun, telah menikmati musim yang mengagumkan bersama Villarreal dan kini bersedia untuk kembali menggegarkan pentas antarabangsa.

Dari diberitahu bahawa beliau kemungkinan tidak mampu berjalan kembali kerana jangkitan pada kakinya, menjalani 11 kali pembedahan untuk merawat kecederaan beliau itu dan doktor memberitahunya bahawa beliau sangat bertuah sekiranya dapat berjalan kembali dengan betul, Cazorla kini dipanggil untuk mewakili skuad Sepanyol.
What a comeback!

Pasukan kebangsaan Sepanyol mengesahkan panggilan tersebut melalui laman Twitter, mengakhiri tempoh empat tahun ketiadaan Cazorla dari pasukan kebangsaan mereka.

Penjaga gol Manchester United, David de Gea yang gagal beraksi cemerlang musim ini turut dipanggil menyertai skuad kebangsaan negara itu.

Namun terpaksa menerima saingan daripada penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga dan penjaga gol Real Betis, Pau Lopez untuk posisi tersebut.

Senarai penuh skuad kebangsaan Sepanyol:

Penjaga Gol : David de Gea, Pau Lopez, Kepa Arrizabalaga.

Pertahanan : Jordi Alba, Sergio Ramos, Inigo Martinez, Diego Llorente, Mario Hermoso, Dani Carvajal, Jose Gaya, Sergi Roberto.

Tengah : Santi Cazorla, Rodri, Isco, Dani Parejo, Jesus Navas, Fabian Ruiz, Sergio Busquets.

Penyerang : Rodrigo Moreno, Alvaro Morata, Iago Aspas, Mikel Oyarzabal, Marco Asensio.

Post a Comment

Previous Post Next Post